Pemalar gas (juga dikenali sebagai pemalar gas ideal, simbol R) ialah satu pemalar fizik yang muncul dalam banyak persamaan asas sains fizik.
Dalam persamaan gas ideaal pV = nRT, R disebut sebagai pemalar gas. Nilai pemalar gas diperoleh dengan mentaksirkan pV/nT untuk gas dalam had tekanan sifar. Nilai yang lebih jitu diperoleh dengan mengukur halaju bunyi dalam gas tekanan rendah dan menentuluarkan nilai kepada tekanan sifar.