Dalam bidang telekomunikasi, pemancaran ialah proses menghantar dan merambat isyarat maklumat analog atau digital melalui bahantara pemancaran dari satu titik ke satu titik atau berbilang titik, berwayar atau tanpa wayar. Teknologi dan skim pemancaran biasanya merujuk kepada tugas-tugas protokol lapisan fizikal seperti pemodulatan, penyahmodulatan, pengekodan sebaris, penyamaan, kawalan ralat, penyegerakan bit dan pemultipleksan, tetapi juga boleh melibatkan tugas-tugas protokol lapisan lebih tinggi seperti mendigitalkan isyarat analog dan pengekodan (pemampatan) sumber.
Pemancaran isyarat digital atau isyarat analog yang didigitalkan dikenali sebagai pemancaran data atau komunikasi digital. Sekali pemancaran adalah menghantar sesuatu isyarat sepanjang masa yang terhad, misalnya seblok atau sepaket data, atau panggilan telefon.