Pemasaran Internet, juga dipanggil pengiklanan Internet, merupakan satu teknik yang diguna pakai dalam mempromosi laman web kepada dunia melalui Internet. Teknik pemasaran internet boleh terdiri daripada pengoptimuman enjin gelintar (SEO), pencarian pengkhususan (nic), pembinaan surat jualan, teknik promosi web melalui sistem gabungan (affiliate), pemasaran e-mel, pembinaan jumlah pautan laman web, kemasukan ke direktori dan sebagainya.
Selain itu, ada cara lain untuk melakukan pemasaran internet, iaitu menggunakan rangkaian laman sosial seperti Facebook, Myspace dan LinkedIn. Selain itu, rangkaian ini juga menyediakan platform utk mempromosikan URL ke laman web dan pengguna boleh berinteraksi dengan rakan-rakan di dalam rangkaian tersebut.