Penaklukan ialah satu tindakan ketenteraan yang menguasai atau menawan dengan kekerasan sesebuah negara.[1][2]
Sejarah ketenteraan memberikan banyak contoh penaklukan: iaitu penaklukan Rom ke atas Britain, penaklukan Empayar Maurya ke atas Afghanistan dan kawasan yang luas di subbenua India, Penaklukan Empayar Aztek oleh Sepanyol dan pelbagai penaklukan oleh Muslim.
Penaklukan England oleh Norman memberikan contoh: ia dibina berdasarkan hubungan budaya, membawa kepada penguasaan kerajaan beraja England kepada kawalan Norman dan menabalkan William the Conqueror sebagai Raja England pada tahun 1066.
Penaklukan mungkin dikaitkan dalam beberapa cara dengan kolonialisme. England, sebagai contoh, mengalami fasa-fasa dan kawasan penjajahan dan penaklukan Anglo-Saxon, Viking dan Franco-Norman.