Pengepungan Damsyik | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
Sebahagian daripada Penaklukan Levant oleh Muslim Perang Arab-Byzantine | |||||||
Pintu Kisan, satu daripada enam pintu purba Damsyik. | |||||||
| |||||||
Pihak yang terlibat | |||||||
Khulafa al-Rasyidin | Empayar Byzantine | ||||||
Komandan dan pemimpin | |||||||
Khalid bin al-Walid | Thomas | ||||||
Kekuatan | |||||||
20,000 | 15,000–16,000[1] | ||||||
Kerugian dan korban | |||||||
rendah | berat |
Pengepungan Damsyik (634 M) berlaku dari 21 Ogos hingga 19 September 634 Mb[›], sebelum kota itu jatuh ke tangan Khulafa al-Rasyidin. Damsyik merupakan bandar utama Empayar Byzantine yang pertama jatuh dalam kempen penaklukan Syria.
Perang Romawi-Parsi berakhir pada tahun 627 M, apabila Maharaja Heraclius menamatkan kempen yang berjaya terhadap orang Parsi di Mesopotamia. Pada waktu yang sama Nabi Muhammad SAW menyatukan orang Arab di bawah panji-panji Islam. Selepas kewafatan baginda Nabi pada tahun 632 M the same time, Khalifah Abu Bakar al-Siddiq mengganti baginda sebagai khalifah pertama Khulafa al-Rasyidin. Khalifah Abu Bakar berjaya menamatkan beberapa pemberontakan dan mual mengembangkan Islam melewati Semenanjung Arab.[2]