Penyatuan semula Jerman

Pembahagian Jerman Timur dan Jerman Barat

Penyatuan semula Jerman (Deutsche Wiedervereinigung) berlangsung pada 3 Oktober 1990, apabila kawasan bekas Republik Demokratik Jerman ("Jerman Timur") digabungkan ke dalam Republik Persekutuan Jerman ("Jerman Barat").

Selepas pilihan raya bebas pertama Jerman Timur pada 18 Mac 1990, rundingan di antara Jerman Timur dan Jerman Barat berkesudahan dalam satu kesatuan perjanjian, manakala rundingan di antara Jerman Timur dan Jerman Barat serta empat kuasa penjajah menghasilkan kononnya "Perjanjian dua tambah empat" yang membenarkan kemerdekaan penuh kepada kesatuan negeri Jerman.

Negara Jerman yang telah bersatu kekal menjadi seorang ahli bagi Komuniti Eropah (kemudian Kesatuan Eropah) dan NATO. Istilah "penyatuan semula" adalah digunakan berbeza di dengan penyatuan awal Negara Jerman pada 1871. Walaupun biasanya dipanggil "penyatuan semula", ia sebenarnya satu "penyatuan" bagi negeri Jerman kepada satu entiti yang lebih besar, yang tidak pernah wujud sebelum ini (lihat Sejarah Jerman).


Developed by StudentB