Perang Hamba Ketiga

Perang Hamba Ketiga
Sebahagian daripada Perang Hamba Rom

Gambaran gladiator
Tarikh73–71 SM
Lokasi
Republik Rom (Itali moden)
Keputusan Kemenangan Rom
Pihak yang terlibat
Pemberontak hamba Republik Rom
Komandan dan pemimpin
Kekuatan
120,000 hamba yang terlepas dan gladiator termasuk bukan penempur; jumlah askar tempur tidak diketahui 3,000+ militia
8 legiun Rom yang terdiri daripada 4,000–6,000 infanti + auxilia
Jumlah:
32,000–48,000 infantri + auxilia

12,000 tentera garison (unit tentera yang tidak diketahui)
Kerugian dan korban
30,000 dibunuh oleh Lucius, 6,000 disalib oleh Crassus, 5,000 disalib oleh Pompey ~20,000 terkorban

Perang Hamba Ketiga, juga dikenali oleh Plutarch sebagai Perang Gladiator dan Perang Spartacus merupakan konflik terakhir dalam siri pemberontakan hamba yang dilancarkan ke atas Republik Rom yang disebut sebagai Perang Hamba Rom. Perang yang ketiga ini merupakan satu-satunya konflik yang menembusi tanah besar Rom di Itali. Konflik ini sama sekali mengancam Rom gara-gara angkatan tenteranya gagal untuk mematahkan pemberontakan itu.

Pemberontakan telah bermula pada tahun 73 SM yang dicetuskan oleh kira-kira 70 orang gladiator hamba dari sekolah gladiator di Capua. Mereka menewaskan unit tentera Rom yang kecil dengan mudah yang dihantar untuk menangkap mereka. Selama dua tahun, puak pemberontak itu telah disertai oleh 120,000 orang yang terdiri daripada kaum lelaki, perempuan dan kanak-kanak. Pemberontak itu juga merupakan sebuah angkatan tentera yang berkesan apabila mereka mampu menangkis dan mengalahkan tentera Rom dari patrol Campania hinggalah militia Rom bahkan legiun Rom yang dilatih di bawah arahan konsul. Puak pemberontak itu menyerbu ke seluruh Itali, menyerang estet dan kota serta kadang-kadang mereka berpecah tetapi masih dihubungkan oleh beberapa pemimpin termasuklah gladiator terkenal, Spartacus.

Senat Rom berasa cemas akan penjarahan dan kejayaan tentera pemberontak. Akhirnya, Rom menghimpunkan lapan buah pasukan legiun dengan bersusah-payah tetapi di bawah kepimpinan Marcus Licinius Crassus yang berkesan. Perang ini tamat pada tahun 71 SM setelah pertempuran yang panjang dan sengit antara tentera Rom dan pemberontak. Dalam pertempuran akhir, tentera Spartacus melancarkan serangan penuh ke atas legiun Crassus selepas menyedari kemaraan legiun Rom yang lain diketuai oleh Gnaeus Pompeius Magnus dan Marcus Terentius Varro Lucullus sebelum semua pemberontak itu ditewaskan secara muktamad. Kemudian, seramai 6,000 hamba yang terselamat telah disalib di sepanjang Jalan Appia.

Catatan Plutarch tentang pemberontakan ini menerangkan bahawa pemberontak sememangnya ingin membebaskan diri dan meninggalkan wilayah Rom melalui Cisalpine Gaul. Appian dan Florus menjelaskan pemberontakan ini sebagai satu perang saudara apabila puak pemberontak berhasrat untuk menawan kota Rom. Perang Hamba Ketiga meninggalkan kesan jangka panjang yang signifikan dalam sejarah Rom yang begitu luas. Pompey dan Crassus meneruskan kejayaan ini untuk melanjutkan kerjaya politik mereka masing-masing, mendapatkan sanjungan rakyat dan melibatkan ancaman legiun untuk mempengaruhi undian konsul pada tahun 70 SM dengan pilihan masing-masing. Tindakan mereka sebagai konsul telah melanjutkan subversif institusi politik Rom dan menyumbang perkembangan Republik Rom berubah menjadi Empayar Rom.


Developed by StudentB