Perang Lapland

Pengunduran Jerman dari Finland pada 1944

Perang Lapland (Suomi: Lapin sota; Svensk: Lapplandskriget; Jerman: Lapplandkrieg) ialah nama yang diberikan bagi peperangan antara Finland dan Jerman Nazi antara September 1944 dan April 1945 di utara Finland.

Ia dinamakan sedemikian disebabkan pertempuran berlaku di bahagian paling utara Finland, Lapland.

Seawal musim panas 1943, pemerintah tertinggi Jerman memulakan perancangan bahawa Finland akan membuat perjanjian damai berasingan dengan Kesatuan Soviet. Pihak Jerman merancang untuk mengundurkan tentera mereka ke utara bagi melindungi sumber nikelFinland berhampiran Petsamo. Semasa musim sejuk 1943-1944, pihak Jerman membaikpulih jalan dari utara Norway ke utara Finland dengan penggunaan tawanan perang secara meluas (kebanyakannya ditawan di selatan Eropah dan masih mengenakan pakaian musim panas; kematian adalah tinggi), dan mereka mengumpul bekalan di kawasan itu.

Dengan itu pihak Jerman telah bersedia pada September 1944, apabila Finland berdamai dengan Kesatuan Soviet.

Ketika tentera darat Jerman berundur ke utara, tentera laut Jerman memasang periuk api pada laluan laut ke Finland dan dengan Operasi Tanne Ost cuba menawan Pulau ''Suursaari'' di Teluk Finland. Walaupun sebahagian Wehrmacht dan pegawai tentera Finland cuba mengatur pengunduran aman, pertempuran meletus antara tentera Jerman dan Finland walaupun sebelum perjanjian perdamaian awal Soviet-Finland ditandatangani. Pertempuran semakin sengit apabila Finland cuba memenuhi tuntutan Kesatuan Soviet agar semua tentera Jerman dikeluarkan dari Finland.

Dengan itu Finland berada dalam kedudukan sama seperti Itali dan Romania, yang selepas menyerah pada pihak Berikat, terpaksa bertempur untuk membebaskan tanah mereka dari tentera Jerman. Tugas Finland semakin sukar dengan tuntutan Soviet agar sebahagian besar tentera Finland dibubarkan pada masa yang sama, walaupun ketika kempen menentang Jerman

Jeneral Finland Hjalmar Siilasvuo, wira Perang Suomussalmi, telah mengetuai operasi menentang tentera Jerman dan pada November 1944 berjaya mengusir mereka dari sebelah paling utara Finland. Tentera Jerman di bawah Jeneral Lothar Rendulic, bagaimanapun, memusnahkan sebahagian besar kawasan tersebut dengan taktik bumi hangus. Lebih dari satu-pertiga tempat kediaman di kawasan tersebut dimusnahkan, dan ibu kota jajahan Rovaniemi diratakan. Tambahan kepada kehilangan harta, dianggarkan bersamaan ASD$ 300 juta (menurut nilaian ASD$ 1945), sekitar 100,000 penduduk menjadi pelarian, situasi yang ditambah kepada masalah selepas pembangunan semula perang. (Selepas perang pihak berikat mengesahkan kesalahan jenayah perang Rendulic , dan menghukumnya selama 20 tahun penjara.) Tentera Jerman akhirnya disingkirkan pada April 1945.

Kematian tentera agak terhad: 1,000 tentera Finland mati sementara 2,000 bagi Jerman.


Developed by StudentB