Perang Napoleon |
---|
Gambar Atas: Pertempuran Abukir Gambar Tengah: Pengunduran tentera Napoleon daripada Moscow semasa serangan di Rusia Gambar Bawah: Peperangan terakhir pihak Napoleon iaitu Pertempuran Waterloo berdekatan dengan Belgium |
Tarikh | Tahun 1803–1815 |
---|
Lokasi | |
---|
Keputusan |
Pihak Penentang menang, pertemuan Kongres Vienna |
---|
|
Pihak yang terlibat |
---|
Tentera pihak Penentang:
Empayar Britain
Empayar Austria[a]
Empayar Rusia[b]
Prusia[a]
Portugal
Sepanyol[c]
Sicilia[d]
Sardinia
Sweden[e]
Empayar Uthmaniyah
Tujuh ahli kecil pihak Penentang:
- Brunswick
- Penyokong beraja Perancis
- Hanover
- Nassau
- Belanda
|
Empayar Perancis dan pihak bersekutu: Empayar Perancis
Holland[f]
Itali
Etruria[g]
Naples[h]
Fail:Duchy of Warsaw 11.PNG Duchy Warsaw[i]
Fail:Flag of the Confederation of the Rhine.svg Gabungan Rhine[j]:
- Bavaria
- Saxony
- Westphalia
- Württemberg
Amerika Syarikat[j]:
Denmark–Norway[k] |
Komandan dan pemimpin |
---|
George III
George IV
William Pitt
John Moore †
James Gambier
Robert Calder
Francis I dari Austria
Archduke Charles
Putera Schwazenberg
Archduke John
Duke Wellington
Horatio Nelson †
Alexander I dari Rusia
Mikhail Kutuzov
Michael Andreas Barclay de Tolly
Count Bennigsen
Gebhard von Blücher
Duke Brunswick †
Putera Hohenlohe
Francisco Castaños
Miguel de Alava
Ferdinand IV dari Naples
Selim III
Gustav IV Adolf dari Sweden
Putera Charles John[l]
William, Putera Orange
Putera Frederik
Louis XVIII |
Napoléon I dari Perancis #
Joseph Bonaparte
Louis Alexandre Berthier
Joachim Murat
Louis Nicolas Davout
Jean Lannes †
André Masséna
Michel Ney
Jean-de-Dieu Soult
Jean-Baptiste Bessières †
dan Marsyal lain
Admiral Villeneuve #
Louis Bonaparte
Prince Eugène
Joachim Murat
Fail:Duchy of Warsaw 11.PNG Prince Poniatowski †
Maximilian I
Frederick Augustus I
Jérôme Bonaparte
Frederick I
James Madison
Henry Dearborn
Jacob Brown |
Kerugian dan korban |
---|
antara 3,350,000 hingga 6,500,000 orang, lihat senarai penuh |
- Kedua-dua pihak Austria dan Prusia menjadi pihak bersekutu dengan Empayar Perancis dan meyumbang sebahagian besar tenteranya dalam Serangan Perancis ke atas Rusia pada tahun 1812.
- Rusia menjadi pihak bersekutu Empayar Perancis selepas temeterainya Perjanjian Tilsit pada tahun 1807. Pihak kesatuan mula berpecah pada tahun 1810 yang membawa kepada serangan Empayar Perancis tahun 1812. Pada masa itu, Rusia mula berperang dengan Sweden (1808-1809) dan pihak Empayar Uthmaniyyah (1806-1812), dan beberapa serangan terhadap Empayar British pada tahun (1807-1812).
- Sepanyol menjadi sekutu dengan pihak Perancis sehinggalah pihak Sepanyol melancarkan intipan ke atas Perancis semasa pertempuran 1808, yang kemudiannya berperang dengan pihak Perancis dalam Perang Semenanjung.
- Hanya Sicily dan Naples kekal sebagai sabagai sebuah negara yang bersatu sehinggalah Naples menjadi sekutu kepada Empayar Perancis selepasa Perang Campo Tenese pada tahun 1806.
- Pada namanya sahaja, Sweden telah mengisytiharkan perang ke atas United Kingdom selepas kekalahannya dalam Perang Finnish oleh pihak Rusia pada tahun (1808-1809).
- Empayar Perancis telah merampas Kerajaan Holand pada tahun 1810. Tentera Jerman telah berperang menentang Napoelon dalam Seratus Hari pada tahun 1815.
- Empayar Perancis telah merampas wilayah Kerajaan Etruia pada tahun 1807.
- Kerajaan Naples membuat perjanjian dengan pihak Austria pada tahun 1814, bersekutu dengan Empayar Perancis sekali lagi dan berperang sekali lagi semasa Perang Napoleon yang tercetus pada tahun 1815.
- Pihak Napoleon telah membentuk Duchy di Warsaw, yang diperintah oleh Kerajaan Saxon pada tahun 1807. Tentera Poland sudah pun membantu ketenteraan pihak Napoleon sebelum wilayah Duchy bertukar tangan.
- Seramai 16 pihak bersekutu Perancis di kalangan negara-negara Jerman pada masa itu (termasuklah Bavaria dan Württemberg) telah membentuk Gabungan Rhine pada Juali 1806 selepas Perang Austerlitz pada Disember 2005. Selepas Perang Jena-Auerstedt pada Oktober 1806, terdapat beberapa lagi bahagian kawasan di Jerman juga yang sebelum ini pernah menentang Perancis bersama-sama dengan anti-Perancis pada ketika itu, termasuklah Saxon dan Westphalia telah bersekutu dengan pihak Perancis dan bersama-sama dalam konfederasi tersebut. Pada tahun 1813, Saxon sekali lagi bertukar pihak semasa Perang Leipzig meletus, menyebabkan beberapa pihak yang lain turut mengambil kesempatan untuk mengisytiharkan perang keatas Perancis.
- Denmark-Norway kekal sebagai negara yang tidak campur tangan dalam perang Napoleon sehinggalah Perang Conpenhagen meletus. Akhirnya, dalam Perjanjian Kiel pada tahun 1814, Denmark merasakan bahawa mereka seharusnya menyerahkan Norway kepada Sweden. Selepas beberapa ketika pihak Sweden menentang Norway, Norway akhirnya bergabung membentuk sebuah badan bersama dengan Sweden.
- Marshal Jean-Baptiste Bernadotte, merupakan komander Empayar Perancis dari tahun 1804-1810.
|
Perang Napoleon ialah satu siri konflik yang diisytiharkan terhadap Empayar Perancis Pertama Napoleon dengan beberapa set pertukaran negara bersekutu Eropah oleh penentang kerajaan campuran yang berlangsung dari tahun 1803 sehingga 1815. Peperangan yang berterusan dalam siri Napoleon adalah disebabkan oleh Revolusi Perancis pada tahun 1789, yang telah menyebabkan Perancis merevolusikan tentera Eropah dengan skala yang sangat besar yang tidak pernah berlaku sebelumnya, disebabkan oleh permodenan terhadap kerahan tentera secara besar-besaran yang digunapakai oleh Empayar Perancis. Kuasa serta pengaruh Perancis berkembang dengan cepat sekali, dengan menakluk sebahagian besar Eropah dan kemudian kuasanya merosot dengan mendadak selepas pihak Perancis dilanda serangan oleh Rusia pada tahun 1812. Empayar Napoleon akhirnya mengalami kekalahan yang teruk yang membawa kepada pengembalian semula raja Bourbon di Perancis. Siri peperangan ini menyebabkan berakhirnya Empayar Suci Rom. Dalam masa yang sama, Empayar Sepanyol mula berkembang semula selepas penguasaan Perancis ke atas wilayah jajahannya di Sepanyol mula lemah, memberi peluang kepada revolusi pejuang kebebasan di Amerika Latin untuk bebas daripada cengkaman pihak Perancis. Hasil daripada perang Napoleon, Empayar British pula yang menjadi kuasa yang paling kuat pada abad yang seterusnya.
Tiada kata sepakat yang pernah wujud bila Perang Revolusi Perancis berakhir dan Perang Napoleon tercetus. Antara peristiwa-peristiwa penting semasa era Perang Napoleon tercetus termasuklah 9 November 1799, iaitu apabila Napoleon Bonaparte merampas kuasa di Perancis bersama-sama 18 Brumaire; 18 Mei 1803, apabila pengisytiharan baharu peperangan antara pihak Britain dan Perancis yang membawa kepada zaman akhir keamanan di Eropah antara tahun 1792 dan 1814; dan 2 Disember 1804, apabila Bonaparte menjadi seorang Maharaja.
Siri Peperangan Napoleon berakhir dengan kekalahan Napoleon di Waterloo pada 18 Jun 1815 dan Perjanjian Kedua Paris.