Perang Salib merupakan beberapa siri kempen peperangan yang dipengaruhi isu keagamaan dan politik sekitar kurun ke-11 hingga ke-13 Masihi. Kempen peperangan yang direstui oleh pihak Gereja Katolik Rom ini bermula ketika Zaman Pertengahan. Misi asal tentera salib ialah menawan Baitulmaqdis dan kawasan sekitarnya daripada orang Islam selain daripada matlamat sampingan seperti menawan Kota Kustantiniyah (yang berjaya ditawan semasa Perang Salib Keempat).