Perang Saudara Amerika | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
(ikut arah jam dari atas kanan) Tawanan Gabungan di Gettysburg; Pertempuran Kubu Hindman, Arkansas; Rosecran di Sungai Stones, Tennessee | |||||||
| |||||||
Pihak yang terlibat | |||||||
Amerika Syarikat (Union) |
Negeri-Negeri Gabungan Amerika (Gabungan) | ||||||
Komandan dan pemimpin | |||||||
Abraham Lincoln, Ulysses S. Grant |
Jefferson Davis, Robert E. Lee | ||||||
Kekuatan | |||||||
2,200,000 | 1,064,000 | ||||||
Kerugian dan korban | |||||||
110,000 terbunuh dalam pertempuran, jumlah 360,000 mati, 275,200 cedera |
93,000 terbunuh dalam pertempuran, jumlah 258,000 mati 137,000+ cedera |
Perang Saudara Amerika (1861–1865) merupakan peperangan utama di antara pihak Kesatuan (union) dengan sebelas negeri di selatan yang mengisytiharkan bahawa mereka berhak keluar dan menubuhkan Negeri-Negeri Gabungan Amerika, dengan diketuai oleh Presiden Jefferson Davis. Manakala pihak Kesatuan pula diketuai oleh Presiden Abraham Lincoln dan Parti Republikan, yang membantah perhambaan[1] menolak pemecahan ini.
Pertempuran bermula pada 12 April 1861, apabila tentera Kesatuan menyerang sebuah pangkalan tentera Amerika Syarikat di Kubu Sumter di Carolina Selatan, negeri pertama yang berpecah keluar dari Amerika Syarikat.