Sebahagian daripada siri berkaitan |
Islam |
---|
Hari cuti dalam Islam kebanyakannya berasaskan pada kehidupan Nabi Muhammad, terutamanya peristiwa-peristiwa yang berkaitan dengan al-Quran. Islam mempunyai dua perayaan utama, Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha. Cara cuti-cuti dalam Islam disambut mungkin berlainan mengikut budaya, dan juga mengikut mazhab, Ahli Sunah Waljamaah dan Syiah. Cuti dalam Islam secara umumnya mengikut kalendar qamari, dan oleh itu disambut sedikit lebih awal setiap tahun relatif dengan kalendar suria. Taqwim Islam mempunyai 12 bulan dan 354-355 hari. Kalendar bulan Sunah Waljamaah dan Syi'ah tidak sentiasa berbetulan: kadangkala suatu cuti Syi'ah dan cuti Sunah Waljamaah disambut pada dua hari yang berlainan, biasanya dua hari yang berturut-turut.
Hari Raya Aidilfitri atau Perayaan Kenduri adalah cuti dirayakan pada hujung Ramadan dan puasa sepanjang bulan. Tujuan puasa adalah untuk mengajar umat Islam untuk bersabar dan kerendahan hati, dan juga untuk memperingati umat Islam bahawa mereka adalah bertuah dan seharusnya membantu yang miskin dan kurang upaya. Pada awal pagi hari pertama Aidilfitri, umat Islam akan melakukan sembahyang upacara amal bergelar "Solat Sunat Hari Raya|solat Aidilfitri" Gula-gula, makanan, dan minuman bukan alkohol akan diedarkan di masjid dan rumah. Hadiah juga akan diberikan dan ditukar di antara kawan-kawan dan keluarga.