Perdamaian Westfalen

Perdamaian Westfalen
Perjanjian-perjanjian Osnabrück dan Münster
The Ratification of the Treaty of Münster, 15 May 1648 (1648) by Gerard ter Borch
Westfaelischer Friede in Muenster, 15 Mai 1648 (1648) lukisan Gerard ter Borch
Dirangka1646–1648
Ditandatangani15 Mei–24 Oktober 1648 di Osnabrück dan Münster, Westfalen, kini di Jerman
Pihak109
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Perdamaian Westfalen (Jerman: Westfälischer Friede) merupakan satu siri perjanjian damai yang ditandatangani dari bulan Mei sehingga Oktober 1648 di bandar-bandar Osnabrück dan Münster, Westfalen (kini di Jerman) lalu mengakhiri perang-perang agama Eropah. Perjanjian ini menamatkan Perang Tiga Puluh Tahun (1618-1648) di Empayar Suci Rom antara pihak Kerabat Habsburg dan sekutu Katolik dengan kuasa-kuasa Protestan (Sweden, Denmark, Belanda dan kerajaan-kerajaan Suci Rom) dan sekutu anti-Habsburg mereka (Perancis) yang lain. Perjanjian ini juga menamatkan Perang Lapan Puluh Tahun (1568-1648) antara Sepanyol dan Republik Belanda di mana Sepanyol mengakui kemerdekaan Republik Belanda secara rasmi.

Perjanjian-perjnajian ini diwujudkan untuk menutup keadaan yang begitu huru-hara dalam sejarah Eropah yang menyaksikan kematian kira-kira lapan juta orang.[1] Rundingan damai ini melibatkan sejumlah 109 delegasi mewakili kuasa Eropah, termasuk Maharaja Suci Rom Ferdinand III, Felipe IV dari Sepanyol, Negara Beraja Perancis, Cristina dari Empayar Sweden, Republik Belanda, Putera-Putera Empayar Rom Suci, dan raja-raja bandar imperial bebas. Ribuan diplomat dan kakitangan sokongan menghadiri persidangan ini.[2] Keamanan Münster bersama-sama dengan Perjanjian Münster antara Maharaja Suci Rom, Perancis bersama sekutu-sekutu mereka menjadi sekutu dan Perjanjian Osnabrück yang melibatkan Empayar Rom Suci, Sweden dan sekutu mereka secara kolektif membentuk Perdamaian Westfalen.

Perdamaian ini mewujudkan suatu duluan yang ditetapkan oleh sidangan diplomatik,[3][4] serta suatu sistem perintah politik baru di Eropah Tengah yang kemudian dikembangkan menjadi kedaulatan Westfalen berdasarkan konsep keamanan bersama antara negara-negara berdaulat yang berjiranan. Antara negeri pencerobohan akan diadakan dalam daftar oleh keseimbangan kekuatan. Suatu norma telah diwujudkan mengenai pengendalian gangguan antara-negara. Prinsip-prinsip ini, terutamanya konsep negara berdaulat, turut dipakai sesetengah kuasa-kuasa Eropah ini sepanjang peluasan kuasa mereka melalui penjajahan serata dunia lalu menjadi asas kepada undang-undang antarabangsa serta perintah dunia semasa.[5]

  1. ^ Clodfelter, Micheal (2017). Warfare and Armed Conflicts: A Statistical Encyclopedia of Casualty and Other Figures, 1492–2015. McFarland. m/s. 40. ISBN 978-0786474707..
  2. ^ Cavendish, Richard. "The Treaty of Westphalia". historytoday.com.
  3. ^ "Principles of the State System". Faculty.unlv.edu. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-02-06. Dicapai pada 11 September 2012.
  4. ^ "Information from city of Münster". Muenster.de. Dicapai pada 11 September 2012.
  5. ^ Henry Kissinger (2014). "Introduction and Chpt 1". World Order: Reflections on the Character of Nations and the Course of History. Allen Lane. ISBN 0241004268.

Developed by StudentB