Perentak jantung buatan

Perentak jantung buatan dengan elektrod untuk suntikan 'transvenous'.

Perentak jantung buatan (Jawi: ڤرنتق جنتوڠ بواتن) adalah salah satu daripada peranti dalam bidang perubatan yang menggunakan denyutan elektrik. Denyutan elektrik ini dihantar oleh elektrod yang bersentuhan dengan otot jantung. Fungsinya adalah untuk mengawal degupan jantung. Sebenarnya, fungsi utama perentak adalah untuk mengekalkan nadi jantung yang mencukupi, sama ada disebabkan ketidaklajuan perentak jantung semulajadi atau terdapat penghalang pada system perjalanan elektrik yang terdapat pada jantung. Kini perentak boleh diprogramkan secara luaran hasil daripada teknologi yang semakin pesat membangun. Hal ini membolehkan pakar jantung membuat pilihan mod rentak yang terbaik untuk pesakit secara individu. Ada juga yang menggabungkan perentak dengan defibrilator dalam sebuah peranti implan.

Ada juga yang mempunyai pelbagai elektrod untuk merangsang posisi yang berbeza di dalam jantung. Fungsinya adalah untuk memperbaik penyegerakan di kedua-dua ventrikel pada jantung. Material yang digunakan untuk membuat perentak jantung mestilah material yang lengai dari segi farmakologi, tidak mempunyai bahan toksik, boleh dibersihkan, dan mampu berfungsi di dalam badan manusia. Terdapat pelbagai bahagian pada perentak jantung yang diperbuat daripada material yang bioserasi seperti perumah, mikroelektronik dan plumbum. Biasanya perumah diperbuat daripada titanium atau aloi titanium. Plumbumnya juga diperbuat daripada aloi logam tetapi ditebat dengan menggunakan polimer seperti polyurethane. Hanya hujung logam plumbum sahaja yang terdedah atau terbuka. Pelitarannya pula biasanya diperbuat daripada semikonduktor silicon yang telah diubahsuai.


Developed by StudentB