Pergunungan Zagros (Parsi: رشته كوه زاگرس , Bahasa Kurdi: زنجیرهچیاکانی زاگرۆس , Lori: کو یه لی زاگروس, Arab: جبال زغروس Aram: ܛܘܪ ܙܪܓܣ,) merupakan banjaran gunung terbesar di Iran dan Iraq. Banjaran ini panjangnya sejumlah 1,500 km (932 batu). Banjaran ini bermula di barat laut Iran lebih kurang menyamai sempadan barat Iran, mencakupi sepenuh kepanjangan bahagian barat dan barat laut penara Iran, dan berhujung di Selat Hormuz. Puncak tertinggi banjaran ini ialah Gunung Dena. Masif Hazaran di wilayah Kerman, Iran membentuk batuan terasing di timur banjaran iaitu Jebal Barez yang menjangkaui Sistan.