Perhambaan (Mal., Sin.)[1] atau perbudakan (Ind.)[2] adalah sistem sosial-ekonomi di mana manusia tertentu - hamba,[3]budak[4] atau abdi - dirampas atau dinafikan kebebasan dan dipaksa bekerja.
Hamba ditahan bukan atas kerelaan diri sendiri daripada masa mereka ditangkap, dibeli, atau selepas lahir. Mereka yang ditahan ini dinafikan hak untuk keluar, hak menolak kerja atau hak untuk menerima bayaran bagi kerja yang dilakukan. Kerana sebab-sebab inilah perhambaan adalah satu bentuk guna tenaga kerja manusia yang tidak adil.
Dalam erti kata yang lebih sempit, perkataan hamba merujuk kepada mereka yang dilayan seperti hak milik orang lain, syarikat atau kerajaan.