Peristiwa Memali |
---|
|
Tarikh | 19 November 1985; 39 tahun yang lalu (1985-11-19) |
---|
Lokasi | |
---|
Matlamat | Cubaan menangkap Ustaz Ibrahim Mahmud yang didakwa membawa ajaran sesat melalui kefahaman sifat 20 Asyairah maturidah |
---|
Kesan | Kemenangan Kerajaan Malaysia
- Ibrahim Mahmud dan 13 orang pengikutnya terbunuh
- Penangkapan beramai-ramai pengikut Ustaz Ibrahim Mahmud
- Hubungan UMNO dan PAS yang semakin meruncing (pulih pada 2019)
|
---|
|
|
|
|
|
200+ anggota polis |
400 orang pengikut
Jumlah orang kampung bersenjata tidak diketahui |
|
|
|
Peristiwa Memali yang juga digelar pihak polis sebagai Operasi Angkara atau Operasi Hapus merupakan insiden yang berlaku pada 19 November 1985 di Kampung Memali, Baling, Kedah. Dalam operasi tersebut, di bawah arahan Tun Musa Hitam selaku Timbalan Perdana Menteri ketika itu, lebih 200 anggota polis telah mengepung Kampung Memali di Baling, Kedah dan sasaran utama pada masa itu ialah Ustaz Ibrahim Mahmud atau lebih dikenali sebagai Ibrahim Libya.
Insiden ini merekodkan bahawa 18 orang telah terkorban iaitu 14 orang kampung dan 4 orang anggota polis dan mencederakan berpuluh-puluh yang lain serta 159 orang ditahan. Kesemua yang ditahan telah dibebaskan kecuali 36 orang yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Dalam pertempuran antara orang kampung dengan pihak polis, Ustaz Ibrahim Mahmud telah terbunuh.
Ketika peristiwa tersebut berlaku, Tun Musa Hitam merupakan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Keselamatan Dalam Negeri. Ketika itu juga, Mahathir Mohamad selaku Perdana Menteri dilaporkan berada di China.