Satu perjanjian atau persetiaan adalah suatu persetujuan di bawah undang-undang antarabangsa oleh para peserta di dalam undang-undang antarabangsa, iaitu negara berdaulat dan pertubuhan antarabangsa. Satu perjanjian boleh juga dikenali sebagai: persetujuan (antarabangsa) , protokol, persepakatan, konvensyen, pertukaran surat, dll. Apa-apa pun istilah yang digunakan, semua perjanjian antarabangsa di bawah undang-undang antarabangsa adalah perjanjian yang serupa dan peraturannya adalah sama. (Perhatikan bahawa di dalam Perlembagaan Amerika Syarikat, istilah "perjanjian" mempunyai makna yang istimewa yang mana di peringkat antarabangsa, maknanya lebih dikekang; lihat di bawah.)