Perjanjian damai adalah persetiaan antara dua atau lebih pihak yang bermusuhan, biasanya antara negara atau kerajaan, yang secara rasminya menamatkan peperangan antara pihak-pihak tersebut. Ia berbeza dengan maksud perletakkan senjata, yang merupakan perjanjian untuk menghentikan permusuhan, atau penyerahan, di mana pihak tentera bersetuju meletakkan senjata, atau membuat gencatan senjata yang mana pihak-pihak terbabit boleh bersetuju untuk menghentikan pertempuran secara sementara atau secara kekal.