Manila Accord | |
---|---|
Persetujuan Manila terdiri daripada Manila Accord, Manila Declaration dan Joint Statement antara Persekutuan Malaya, Republik Filipina dan Republik Indonesia. | |
Dirangka | 7 Jun 1963 |
Ditandatangani | 31 Julai 1963 di Manila, Filipina |
Penandatangan | Soekarno Diosdado Macapagal Tunku Abdul Rahman |
Pihak | Persekutuan Malaya Philippines Indonesia |
Pemegang simpanan | Sekretariat PBB berdaftar pada A-8029 dan I-8809 |
Bahasa | bahasa Inggeris |
Laman sesawang | Persetujuan Manila Persetujuan yang berkaitan dengan pelaksanaan Persetujuan Manila |
Manila Accord (31 July 1963) di Wikisumber | |
sunting |
Persetujuan Manila (bahasa Inggeris: Manila Accord) dari inisiatif Diosdado Macapagal ditandatangani oleh Persekutuan Malaya, Republik Indonesia dan Republik Filipina, selepas pertemuan dari 07-11 Jun 1963 di Manila Negara-negara peserta telah sepakat dengan keinginan rakyat Sabah (Borneo Utara) dan Sarawak dalam konteks dari Lampiran Resolusi Majlis Agung PBB 1541 (XV), Prinsip 9 dengan pendekatan yang segar yang menurut pendapat dari Setia Usaha Agung PBB diperlukan untuk memastikan pematuhan lengkap dengan prinsip penentuan nasib sendiri dalam syarat-syarat yang terkandung dalam Prinsip 9,[1] [2] dengan mempertimbangkan pilihan referendum di Sabah (Borneo Utara) dan Sarawak oleh pilihan referendum bebas dan tidak ada paksaan.[3][4]
Perjanjian ini mengandungi senarai siri Perisytiharan Manila antara Persekutuan Malaya, Republik Indonesia dan Republik Filipina dan Kenyataan Bersama antara Persekutuan Malaya, Republik Indonesia dan Republik Filipina.