Pertempuran Perancis | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
Sebahagian daripada Barisan Barat Perang Dunia Kedua | |||||||
| |||||||
Pihak yang terlibat | |||||||
Bersekutu: Perancis United Kingdom Belgium Belanda Kanada Poland Czechoslovakia Luxembourg |
Paksi: Jerman Nazi Itali (dari 10 Jun) | ||||||
Komandan dan pemimpin | |||||||
Maurice Gamelin (hingga 17 Mei) Alphonse Georges (hingga 17 Mei) Maxime Weygand (hingga 17 Mei) Lord Gort Leopold III # Henri Winkelman # Władysław Sikorski Sergej Ingr |
Hermann Goering Gerd von Rundstedt Heinz Guderian Fedor von Bock Wilhelm von Leeb Erich von Manstein Erwin Rommel Hermann Hoth Umberto II | ||||||
Unit terlibat | |||||||
| |||||||
Kekuatan | |||||||
Bersekutu: 144 divisyen 13,974 meriam 3,383 kereta kebal 2,935 kapal terbang 3,300,000 askar Alps pada 20 Jun ~150,000 askar Perancis |
Jerman: 141 divisyen 7,378 meriam 2,445 kereta kebal 5,638 kapal terbang 3,350,000 askar Alps pada 20 Jun 300,000 askar Itali | ||||||
Kerugian dan korban | |||||||
360,000 mati atau cedera, 1,900,000 ditawan 2,233 kapal terbang Jumlah: 2,260,000 kasualti |
Jerman: 157,621 kasualti Jumlah: 163,650 kasualti |
Templat:Campaignbox Western Front (World War II)
Dalam Perang Dunia Kedua, Pertempuran Perancis, juga dikenali sebagai Kejatuhan Perancis, merupakan serangan Jerman terhadap Perancis dan Negeri-Negeri Pamah, bermula 10 Mei 1940. Dalam serangan ini, angkatan Jerman menewaskan lawan yang sebahagian besarnya angkatan tentera Perancis. Pertempuran terbahagi kepada dua bahagian. Dalam operasi pertama, Fall Gelb (Kes Kuning) unit-unit armor Jerman menembusi Hutan Ardennes bagi memotong dan mengepung ketumbukan Kuasa Bersekutu yang telah mara memasuki Belgium. Apabila pasukan British dan tentera Perancis yang bersebelahannya ditolak ke laut oleh angkatan Jerman yang bergerak pantas dan amat teratur, kerajaan British mengambil keputusan memindah saki-baki Pasukan Ekspedisi British (British Expeditionary Force, BEF) dan beberapa divisyen Perancis dari Dunkirk dalam sebuah operasi yang diberi nama kod Operasi Dynamo.
Selepas evakuasi tentera British, dan dengan Perancis terkontang-kanting dan bersendirian dalam pertahanannya, pihak Jerman melancarkan operasi kedua, Fall Rot (Kes Merah), yang berakhir pada 5 Jun. Pihak Perancis yang sudah susut kekuatannya, memberi tentangan hebat pada fasa awal operasi Jerman namun, kekuatan udara Jerman menangani kedudukan artileri Perancis sedikit demi sedikit. Angkatan Jerman bergerak melintasi rusuk Garis Maginot dan menerobos wilayah Perancis sementara pertahanan Perancis mula roboh. Angkatan Jerman tiba di Paris yang tidak dipertahankan Perancis pada 14 Jun dan panglima mereka bertemu pegawai kerajaan Perancis yang ingin bekerja sama dengan Jerman. Pegawai Perancis terulung ialah Marsyal Henri-Philippe Petain yang, berlawanan dengan kehendak ramai orang Perancis, mengumumkan bahawa beliau akan mendapatkan gencatan senjata.
Pada 22 Jun, satu peletakan senjata dimeterai antara Perancis dan Jerman, yang berkesudahan dengan pembahagian Perancis dalam mana Jerman menjajah wilayah utara dan barat, Itali menjajah sebuah wilayah kecil di tenggara, dan sebuah zon yang tidak dijajah, dikenali sebagai zon libre atau Vichy Perancis, ditadbir kerajaan Perancis baharu pimpinan Marsyal Petain. Perancis kekal di bawah takluk Paksi sehinggalah negara itu dibebaskan selepas Pendaratan Normandy pada tahun 1944.