Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu

Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu
ڤرتوبوهن كبڠسأن ملايو برساتو
Nama Bahasa InggerisUnited Malay National Organisation
SingkatanPEKEMBAR, UMNO
PresidenAhmad Zahid Hamidi
PengerusiBadruddin Amiruddin
Setiausaha agungAhmad Maslan
SetiausahaMohd Sumali Reduan
JurucakapAzalina Othman Said
Timbalan PresidenMohamad bin Hasan
Naib Presiden
Ketua WanitaNoraini Ahmad
Ketua PemudaMuhamad Akmal Saleh
Ketua PuteriNurul Amal Mohd Fauzi
PengasasOnn Jaafar
Diasaskan11 Mei 1946 (1946-05-11)
Didaftarkan11 Mei 1946
Disahkan13 Februari 1988
Dibubarkan4 Februari 1988
Didahului olehPertubuhan Melayu Bersatu
Ibu pejabatTingkat 38, Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra, Jalan Tun Ismail, 50480 Kuala Lumpur
AkhbarNew Straits Times
Berita Harian[nb 1]
Harian Metro[nb 2]
Sayap beliaPergerakan Pemuda UMNO
Sayap wanitaWanita UMNO
Sayap beliawanisPergerakan Puteri UMNO
Keanggotaan (2024)3.399
IdeologiNasionalisme, [2][3] Konservatisme
Demokrasi Islam
Kedudukan politikParti haluan kanan jauh
AgamaIslam: Ahli Sunah Waljamaah
Penggabungan kebangsaanParti Perikatan (1952-1973)
Barisan Nasional (1973–kini)
Muafakat Nasional (2019-2022)
Kerajaan Perpaduan (2022-kini)
Warna     Merah dan putih1
SloganBersatu, Bersetia, Berkhidmat
Lagu partiBersatu, Bersetia, Berkhidmat
Dewan Negara:
11 / 70
Dewan Rakyat:
26 / 222
Dewan Undangan Negeri:
105 / 607
Simbol pilihan raya
Bendera parti
Laman sesawang
umno.org.my
umno-online.my

Merah putih telah digunakan semenjak sebelum kemerdekaan

Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (Jawi: ڤرتوبوهن کبڠساءن ملايو برساتو, juga dikenali sebagai PEKEMBAR (Jawi: ڤکمبر) atau UMNO; /ˈəmn/ ) ialah sebuah parti politik di Malaysia yang dipimpin oleh Presiden, Ahmad Zahid Hamidi. UMNO merupakan tulang belakang bagi gabungan politik Barisan Nasional, yang menjadi komponen gabungan parti pemerintah Kerajaan Persekutuan di Malaysia, dan menjadi parti pemerintah bagi kerajaan negeri Perak, Pahang, Johor dan Melaka. UMNO tidak menubuhkan mana-mana bahagian atau cawangan di negeri Sarawak.

UMNO dianggap sebagai parti nasionalisme Melayu.[4] Menurut perlembagaan parti ini, UMNO adalah sebuah parti politik yang berjuang mendukung cita-cita Agama Islam, Kebangsaan Melayu, Bumiputera, Anak Negeri Sabah dan Orang Asli serta perpaduan Malaysia demi kemakmuran dan kestabilan Negara.[5] Ia juga yang memperjuangkan hak-hak istimewa orang Melayu dan orang Bumiputera.[6]

Dalam pemilihan UMNO 2018, pemimpin yang dianggap oleh banyak pihak sebagai penting dalam perkembangan parti, bekas Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi telah dipilih sebagai Presiden UMNO, setelah mendapat 78 undi berbanding saingannya Khairy Jamaluddin (bekas ketua Pemuda UMNO) dengan 53 undi dan Tengku Razaleigh Hamzah (veteran UMNO) sekadar memperoleh 28 undi.[7]

  1. ^ Edge 2004, m/s. 185.
  2. ^ Helen Ting. "The Politics of National Identity in West Malaysia: Continued Mutation or Critical Transition? [The Politics of Ambiguity]" (PDF). Southeast Asian Studies, Universiti Kyoto (dalam bahasa Inggeris). J-Stage. m/s. 3/21 [33] dan 5/21 [35]. UMNO came into being in 1946 under the impetus of the Anti-Malayan Union Movement based on this ideological understanding of ketuanan Melayu. Its founding president, Dato’ Onn Jaafar, once said that the UMNO movement did not adhere to any ideology other than Melayuisme, defined by scholar Ariffin Omar as “the belief that the interests of the bangsa Melayu must be upheld over all else”. Malay political dominance is a fundamental reality of Malaysian politics, notwithstanding the fact that the governing coalition since independence, the Alliance [subsequently expanded to form the Barisan Nasional or literally, the “National Front”], is multiethnic in its composition.
  3. ^ Jinna Tay; Graeme Turner (24 July 2015). Television Histories in Asia: Issues and Contexts (dalam bahasa Inggeris). Routledge. m/s. 127. ISBN 978-1-135-00807-9.
  4. ^ UMNO Online. UMNO's Constitution: Goal 3.5. From:"Archived copy" (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 29 Februari 2012. Dicapai pada 5 Januari 2013.CS1 maint: archived copy as title (link)
  5. ^ Perlembagaan UMNO Pindaan 2019 - Dipinda di Perhimpunan Agung UMNO 2019 di Dewan Merdeka WTC, KL
  6. ^ UMNO Online. Tujuan Parti 3.6. Dari: http://umno-online.com/?page_id=2787 Diarkibkan 2012-02-29 di Wayback Machine
  7. ^ "Umno elections historic, ensure party remains relevant, says Zahid - Nation | The Star Online". www.thestar.com.my (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2018-07-01.


Ralat petik: Tag <ref> wujud untuk kumpulan bernama "nb", tetapi tiada tag <references group="nb"/> yang berpadanan disertakan


Developed by StudentB