Pertukaran Columbus (bahasa Inggeris: Columbian exchange , Jawi: ڤرتوكرن كولومبوس), merujuk kepada pemindahan besar-besaran tumbuhan, haiwan, budaya, populasi manusia, teknologi, dan idea-idea antara benua Amerika, Afrika Barat, dan Dunia Lama pada abad ke-15 dan 16. Fenomena ini juga berkait rapat dengan penjajahan dan perdagangan pihak Eropah berikutan pelayaran 1492 Christopher Columbus.[1] Spesis invasif termasuk penyakit berjangkit menyusul hasil pertukaran ini, perubahan dalam pertanian telah banyak berbeza dan mengubah populasi global. Impak langsung yang paling ketara dari pertukaran Columbia ini adalah pertukaran budaya dan pemindahan orang (baik orang yang bebas dan diperhambakan) di antara benua tersebut.
Hubungan baru antara populasi global menyebarkan pelbagai jenis tanaman dan ternakan, yang menyokong peningkatan populasi di kedua belahan dunia, walaupun penyakit pada mulanya menyebabkan penurunan mendadak dalam jumlah penduduk pribumi di Amerika. Pedagang kembali ke Eropah dengan jagung, kentang, dan tomato, yang menjadi tanaman yang sangat penting di Eropah pada abad ke-18.