Dalam penggunaan biasa, perubahan iklim menghuraikan pemanasan global—peningkatan yang sedang berlaku dalam suhu purata sejagat—dan kesannya terhadap sistem iklim Bumi. Perubahan iklim change dalam maksud yang luas juga termasuk perubahan jangka panjang yang sebelumnya terhasap iklim Bumi. peningkatan semasa dalam suhu purata sejagat lebih cepat daripada perubahan sebelumnya, dan terutamanya disebabkan oleh manusia membakar bahan api fosil.[3][4] Penggunaan bahan api fosil, penyahhutanan, dan beberapa amalan pertanian dan industri tambah kepada gas rumah hijau, terutamanya karbon dioksida dan metana.[5] Gas rumah hijau menyerap beberapa haba yang Bumi sinarkan selepas ia hangat daripada cahaya matahari. Sejumlah besar gas ini memerangkap lebih banyak haba dalam atmosfera bawah Bumi dan menyebabkan pemanasan global.
Tahun 2016 mencatatkan suhu permukaan yang terpanas sejak penyimpanan rekod moden bermula, iaitu pada tahun 1980. Peningkatan suhu permukaan adalah kira-kira 1.1°C
Suhu bumi meningkat sejak tahun-tahun 90an. Kajian mendapati iklim panas melampau di Perancis, iklim lebih panas di rantau Siberia dan pencairan "permafrost" (lapisan tanah yang kekal beku di rantau paling sejuk) terutamanya di rantau Artik. Ahli sains meramalkan keseluruhan ais laut di Artik akan cair pada musim panas 2060. Litupan ais Greenland dan Antartika Barat akan mencair. Paras laut akan meningkat.[6]
|s2cid=
value (bantuan).