Pihak Berkuasa Palestin السلطة الوطنية الفلسطينية Al-Sulṭa Al-Waṭaniyyah Al-Filasṭīniyyah Hamas | |||||
---|---|---|---|---|---|
| |||||
Lagu kebangsaan: Fida’i فدائي | |||||
Ibu negara | Pusat pentadbiran: Ramallah (Tebing Barat), Gaza (Semenanjung Gaza); Baitulmaqdis ialah ibu negara Palestin[1] | ||||
Bandar terbesar | Ramallah, Gaza, Hebron, Nablus dan JeninTebing Barat | ||||
Bahasa rasmi | Bahasa Arab, Inggeris, Ibrani | ||||
Kerajaan | Republik berpesiden dan berparlimen | ||||
• Presiden | Mahmud Abbasa | ||||
Ismail Haniyehb Mohammad Shtayyeh | |||||
Pendirian | |||||
• Penubuhan | 4 Mei 1994 | ||||
Populasi | |||||
• Perkiraan 2009 (Julai) | 3,935,249[2] (ke-126) | ||||
KDNK (PPP) | 2009 | ||||
• Jumlah | $$12.95 bilion (-) | ||||
$2,900 (-) | |||||
HDI (2007) | ▼ 0.731 Ralat: Nilai IPM tidak sah · ke-106 | ||||
Mata wang | Paun Palestin ( PSP ) | ||||
Zon waktu | UTC+2 ( ) | ||||
• Musim panas (DST) | UTC+3 ( ) | ||||
Kod panggilan | +970f | ||||
Kod ISO 3166 | PS | ||||
DPT internet | .ps, فلسطين. | ||||
Nota a b c d e f
|
Negara Anggota Liga Arab |
Portal Negara Palestin |
Pihak Berkuasa Palestin (PBP atau PA; Arab: السلطة الوطنية الفلسطينية Al-Sulṭa Al-Waṭaniyyah Al-Filasṭīniyyah) adalah sebuah badan sementara yang ditubuhkan untuk mentadbir Tebing Barat dan Semenanjung Gaza yang didiami penduduk Palestin. PNA berkongsi kuasa dengan pemerintahan yang telah menawan Tebing Barat dan Semenanjung Gaza semasa Perang Enam Hari 1967. Pada 2005, Israel telah berundur dari Semenanjung Gaza dan memberi penguasaan penuh kepada Pihak Berkuasa Palestin.
Pihak Berkuasa Palestin dibentuk pada 1994, menurut Perjanjian Oslo antara Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) dan kerajaan Palestin, sebagai satu badan sementara lima tahun, bagi menanti status akhir rundingan antara kedua pihak tersebut. Namun sehingga kini, hampir 30 tahun selepas penubuhannya, status akhir masih berlum tercapai. Menurut Perjanjian Oslo, PBP diberikan kuasa terhadap isu berkaitan keselamatan dan orang awam di kawasan bandar (dirujuk sebagai "Kawasan A"), dan cuma kawalan orang awam di kawasan luar bandar ("Kawasan B"). Kawasan selebihnya di Palestin, termasuk petempatan Israel, kawasan lembah Jordan, dan jalan pirau di antara masyarakat Palestin, kekal berada dalam kawasan mutlak Israel ("Kawasan C"). Baitulmaqdis Timur tidak termasuk dalam perjanjian ini.