Pihak Bersekutu Perang Dunia I | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
1914–1918 | |||||||
Status | Perikatan ketenteraan | ||||||
Era Sejarah | Perang Dunia I | ||||||
• Didirikan | 1914 | ||||||
• Dibubarkan | 1918 | ||||||
|
Pihak Bersekutu Perang Dunia I, atau Kuasa Entente, adalah negara-negara yang menentang Kuasa Tengah dalam Perang Dunia Pertama.
Anggota asal Tiga Entente 1907 adalah Republik Perancis, Empayar British dan Empayar Rusia. Itali menamatkan perikatannya dengan Kuasa Tengah, dengan alasan bahawa Jerman dan Austria-Hungary memulakan perang dan bahawa pakatan itu hanya berbentuk defensif; ia memasuki perang di sebelah pihak Entente pada tahun 1915. Jepun merupakan satu lagi anggota yang penting. Belgium, Serbia, Greece, Montenegro, dan Romania[1] adalah anggota sahabat Entente.[2]
Persetiaan Sèvres 1920 mentakrifkan Kuasa Bersekutu Utama sebagai Empayar British, Republik Perancis, Itali dan Jepun. Kuasa Bersekutu terdiri daripada, bersama dengan Kuasa Bersekutu Utama, Armenia, Belgium, Greece, Hejaz, Poland, Portugal, Romania, negara Serb-Croat-Slovene dan Czechoslovakia.[3]
Pengisytiharan perang A.S. ke atas Jerman, pada 6 April 1917 adalah berdasarkan alasan bahawa Jerman telah melanggar keamanan dengan menyerang perkapalan antarabangsa dan Telegram Zimmermann yang dihantar ke Mexico.[4] Ia mengisytiharkan perang ke atas Austria-Hungary pada Disember 1917.[5][6] A.S. memasuki perang sebagai sebuah "kuasa sahabat", bukannya sebagai sekutu rasmi Perancis dan United Kingdom, bagi mengelak "pembabitan asing".[7] Walaupun Empayar Uthmaniyah dan Bulgaria memutuskan hubungan dengan Amerika Syarikat, masing-masing tidak mengisytiharkan perang.[8]
Dominion dan Jajahan Diraja Empayar British membuat sumbangan besar kepada gerakan perang Bersekutu, tetapi mempunyai dasar luar negeri yang bebas dalam Perang Dunia I dengan Kabinet Perang British menjalankan kawalan operasi terhadap tentera Empayar British. Kerajaan Dominion melakukan kawalan pengrekrutan, dan memindahkan anggota dari tugas-tugas medan perang sebagaimana yang mereka anggap wajar. Dari awal tahun 1917, Kabinet Perang telah digantikan oleh Kabinet Perang Imperial, yang mempunyai perwakilan Dominion. Kor Australia dan Kor Kanada telah diletakkan dibawah pemerintahan Leftenan Jeneral John Monash dari Australia dan Left.Jen. Arthur Currie dari Kanada,[9] yang melapor pula kepada para jeneral British.[perlu rujukan] Pada April 1918, pengendalian operasi semua pasukan Entente di Barisan Barat diserahkan kepada Pemerintah Tertinggi baru, Marsyal Ferdinand Foch dari Perancis.