Plasenta (Jawi: ڤلاسينتا , Ubt.[1]), uri (Jawi: اوري) atau tembuni (Jawi: تمبوني, juga tabuni Bru.) merupakan organ yang menghubungkan janin yang membesar ke dinding rahim untuk menyediakan nutrien penting dan bekalan udara, melaraskan suhu persekitaran untuk janin, penyahtinjaan, melawan jangkitan dalaman serta menghasilkan hormon untuk membantu kehamilan si ibu.[2] Plasenta membekalkan oksigen dan nutrisi untuk bayi-bayi yang berkembang sambil membuang sisa najis dari darah bayi. Plasenta melekat ke dinding rahim ibu dan berhubung dengan bayi melalui tali pusat. Plasenta adalah ciri penting mengenal pasti mamalia plasental, tetapi juga terdapat dalam beberapa haiwan bukan mamalia dengan pelbagai tahap pembangunan.[3]
Mamalia jenis bertelur dan marsupial menghasilkan plasenta koriovitelin yang membekalkan nutrisi induk dari kantung telur sambil ia terhubung ke dinding rahim.