Polis (Jawi: ڤوليس ) atau mata-mata (Jawi: مات٢ ) merujuk kepada organisasi kerajaan yang dipertanggungjawabkan untuk memastikan keselamatan dan kestabilan masyarakat menurut undang-undang negara. Di dalam kerajaan mereka berada di dalam cabang eksekutif - iaitu pelaksana undang-undang sivil (kecuali Polis Tentera yang melaksanakan undang-undang ketenteraan). Sebagai cabang yang sangat mustahak dalam kerajaan, perkataan polis memang sesuai sekali kerana politeia bermaksud kerajaan atau pentadbiran dalam bahasa Yunani. Di setengah negara seperti United Kingdom polis dikenali sebagai Konstable, diambil dari perkataan Inggeris constable, iaitu nama awal untuk pegawai polis.