Polis Diraja Malaysia

Polis Diraja Malaysia
ڤوليس دراج مليسيا
Kerajaan Malaysia
Lambang PDRM
Intisari agensi
Dibentuk25 Mac 1807 (1807-03-25)
Agensi-agensi terdahulu
  • Civil Affairs Police Force (Pasukan Polis Hal Ehwal Awam) (1945-1948)
  • Pasukan Polis Malayan Union (1946-1948)
  • Pasukan Polis Persekutuan Tanah Melayu (1948-1958)
  • Polis Di-Raja Persekutuan Tanah Melayu (1958-1963)
  • Polis Di-Raja Malaysia (1963-1997)
JenisKerajaan
Ibu pejabatBukit Aman, 50560 Kuala Lumpur
MotoTegas, Adil dan Berhemah
Menteri bertanggungjawab
Eksekutif kerajaan
Agensi induk
Kementerian Dalam Negeri Malaysia
Dokumen penting
  • Akta Polis 1967
Laman sesawang
www.rmp.gov.my
Balai polis PDRM di Tikam Batu, Kedah.

Polis Diraja Malaysia (Tulisan Jawi: ڤوليس دراج مليسيا; singkatan: PDRM) ialah sebuah pasukan polis Malaysia yang terdiri daripada 111,450 orang pegawai dan anggota, dan beribu pejabat di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur. Pasukan berseragam ini adalah unik disebabkan berbanding dengan negara lain, pertubuhan ini adalah terpusat, iaitu segala bentuk kepolisan dari polis tugas am ke perisikan adalah di bawah bidang kuasanya. Kini Ketua Polis Negara (jawatan tertinggi di PDRM) disandang oleh Tan Sri Razarudin Husain dan Timbalan Ketua Polis Negara pula disandang oleh Dato Seri Ayob Khan Mydin Pitchay

Dalam menjaga keamanan awam, PDRM dibantu oleh kumpulan sokongan yang terdiri dari Polis Tambahan, Sukarelawan Simpanan Polis, Polis Bantuan, Kadet Polis dan kakitangan awam. Antara persatuan bekas polis dan tentera yang ada ialah Persatuan Bekas Polis dan Tentera Malaysia.

Rakan Cop merupakan program komuniti polis yang telah dilancarkan pada 2006. PDRM turut mengadakan kerjasama dengan pasukan polis diseluruh negara termasuk empat jiran terdekatnya iaitu Kepolisian Negara Republik Indonesia,[1] Polis Diraja Thailand,[2] Polis Diraja Brunei[3], Pasukan Polis Singapura[4] Polis Kebangsaan Filipina,[5] dan Keselamatan Awam Rakyat Vietnam.[6][7]

Warga Sang Saka Biru kini telah mengharumkan nama Malaysia di seluruh dunia apabila telah diiktiraf sebagai pasukan polis yang terbaik di dunia apabila PDRM memberi pencapaian dalam menyelesaikan 73, 281 daripada 198, 622 (bersamaan 36.89 %) yang direkodkan pada tahun 2006, satu tahap yang jauh melebihi tahap piawaian Interpol iaitu 20 peratus daripada kes jenayah yang direkodkan setiap tahun. PDRM turut berjaya mengatasi piawaian antarabangsa sebayak dua kali berturut-turut, di mana pada tahun 2005, PDRM berjaya menyelesaikan 76, 284 daripada 157, 459 (48.45 %) kes jenayah yang direkodkan pada tahun tersebut.

  1. ^ "Indonesian, Malaysian police ramp up cooperation to fight transnational crimes". Xinhua News Agency. Global Times. 13 February 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 May 2016. Dicapai pada 12 May 2016.
  2. ^ "Thai, Malaysian police agree cooperation". The Nation. 14 May 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 May 2016. Dicapai pada 12 May 2016.
  3. ^ Izam Said Ya'akub (2 December 2010). "Multilateral cooperation needed to counter transnational crime". The Brunei Times. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 May 2016. Dicapai pada 12 May 2016.
  4. ^ "Malaysia, Singapore police to work closely in combating cybercrime". Bernama. The Borneo Post. 5 May 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 May 2016. Dicapai pada 12 May 2016.
  5. ^ "RP, Malaysia intensify joint effort vs terrorism, transnational crimes". The Philippine Star. 21 March 2002. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 May 2016. Dicapai pada 12 May 2016.
  6. ^ "Vietnam People's Police Force's 70th anniversary marked abroad". Voice of Vietnam 5. 20 August 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 May 2016. Dicapai pada 12 May 2016.
  7. ^ "Vietnam, Malaysia sign agreement on transnational crimes". Nhân Dân. 1 October 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 May 2016. Dicapai pada 12 May 2016.

Developed by StudentB