Politik (Jawi: ڤوليتيكcode: ms is deprecated ) atau siasah (Jawi: سياسةcode: ms is deprecated ) adalah proses dan cara membuat keputusan untuk sesuatu kumpulan. Walaupun ia biasanya digunakan bagi merujuk kepada kerajaan, tingkah laku politik juga boleh didapati di korporat, akademik, agama, dan institusi lain. Sains politik merupakan kajian mengenai tingkah-laku politik dan memeriksa kedapatan dan penggunaan kuasa, contohnya keupayaan untuk memaksa kehendak seseorang kepada yang lain.
Pembuatan kuasa ini dikenakan dalam segenap lapisan masyarakat dari sekecil puak dan suku sampailah setinggi negara dan pertubuhan antarabangsa; pelaksanaan ini didatangkan dalam pelbagai cara termasuk menggalakkan perbincangan pandangan dan rundingan sesama anggota serta menulis undang-undang dan melaksanakannya (termasuk berperang menentang pihak musuh dalam tahap paling ekstrem).[1][2][3][4][5]