Portal IndonesiaIndonesia, secara rasmi Republik Indonesia, adalah negara kepulauan yang terdiri dari hampir 18,000 pulau, yang terletak di Nusantara Asia Tenggara. Dari bandar Sabang ke Merauke di timur sekitar 5000 km dan dari Pulau Miangas ke Kepulauan Rote di timur sekitar 1000 km, Indonesia menghormati kepelbagaiannya dengan cogan kata Bhineka Tunggal Ika atau "Perpaduan dalam Kepelbagaian". Jakarta, ibu negara Indonesia terletak di pulau Jawa, adalah salah satu dari lima pulau-pulau Indonesia yang terbanyak penduduk, bersamaan dengan Sumatra, Kalimantan (Borneo), Sulawesi dan Papua. Sejak abad ketujuhbelas, nusantara telah diduduki Portugis, Belanda dan British, utamanya untuk penjelajahan dan perdagangan. Kemudian, negara-negara ini meminta lebih dari hanya rempah dan bermula untuk menjajah Indonesia. Belanda memerintah Indonesia selama lebih daripada 300 tahun dan pada 1942, Jepun tiba di Indonesia dan memerintahnya selama tiga tahun. Indonesia mengumumkan kemerdekaannya dari Jepun pada 17 Ogos, 1945. Negara ini mempunyai lebih daripada 200 juta penduduk dan adalah negara kebanyakan Muslim terbesar dari segi penduduk. Kini, Indonesia cuba untuk memulih selepas selanjutan bencana seperti Tsunami 2004 dan gempa bumi Jawa 2006. Rencana pilihanRumah gadang (bahasa Minangkabau: 'rumah besar') adalah rumah adat Minangkabau. Seni bina, pembinaan, hiasan bahagian dalam dan luar, dan fungsi rumah mencerminkan kebudayaan dan nilai Minangkabau. Sebuah rumah gadang berkhidmat sebagai sebuah tempat tinggal, sebuah dewan untuk mesyuarat keluarga, dan untuk aktiviti-aktiviti upacara. Dengan masyarakat matrilineal Minangkabau, rumah gadang dimiliki oleh para wanita pada keluarga yang tinggal di situ - kemilikan adalah dikirimkan dari ibu ke anak perempuan. Seni bina rumah gadang adalah rumah adat diraja yang terdapat di Indonesia and Malaysia. Gambar pilihanPesta Layang-layang Bali adalah pesta layang-layang antarabangsa tahunan diadakan di keawasan Padang Galak pada Sanur Beach di pulau Bali. Pesta ini bermula dengan layang-layang tradisional gergasi lebar 4-kali-10 dilayangkan oleh sebuah pasukan yang datang dari kampung-kampung (banjar) Denpasar. Peristiwa ini adalah suatu pesta keagamaan menandakan suatu pesan ke dewa-dewa Hindu Bali untuk meminta tanaman yang amat banyak dan pertanian yang bagus. Pesta ini menjadi suatu persitiwa pelancongan yang masyhur. Kredit gambar: Rarioj. Tahukah anda
Biografi pilihanMohammad Hatta (juga dikenali secara umum sebagai Bung Hatta ) ( 12 Ogos 1902-14 Mac 1980 ) adalah Perdana Menteri Indonesia pertama dan Timhan balan Presiden Indonesia dibawah pimpinan Sukarno. Hatta meletak jawatan pada 1956 akibat perselisihan dengan Sukarno. Wikipedia dalam bahasa-bahasa IndonesiaBanyumasan • Bugis • Jawa • Melayu • Sunda Dalam berita
KategoriProjekWikiTopik Papan kenyataan Indonesia • Ahli Wikipedia Indonesia • Ahli Wikipedia di Indonesia • Kerjasama Indonesia dalam Dua minggu Perkara yang anda boleh lakukan
Topik IndonesiaPortal berkaitanWikimedia berkaitan
|