Republik Portugal República Portuguesa | |||||
---|---|---|---|---|---|
| |||||
Lagu kebangsaan: A Portuguesa | |||||
Ibu negara dan bandar terbesar | Lisbon | ||||
Bahasa rasmi | Bahasa Portugis1 | ||||
Kerajaan | Demokrasi Berparlimen | ||||
• Presiden | Marcelo Rebelo de Sousa | ||||
Luís Montenegro | |||||
Penubuhan | |||||
• Kemerdekaan | 24 Jun 1128 | ||||
• Kerajaan | 25 Julai 1139 | ||||
• Diiktiraf | 5 Oktober 1143 | ||||
• Republik | 11 Oktober 1910 | ||||
0.5 | |||||
Populasi | |||||
• Perkiraan Julai 2006 | 10,605,870 (75) | ||||
• Bancian Penduduk 2001 | 10,148,259 | ||||
KDNK (PPP) | 2005 | ||||
• Jumlah | $203.381 bilion (41) | ||||
$19,335 (37) | |||||
Mata wang | Euro (€)2 ( EUR ) | ||||
Zon waktu | WET3 | ||||
• Musim panas (DST) | UTC+1 (WEST) | ||||
Kod panggilan | 351 | ||||
Kod ISO 3166 | PT | ||||
DPT internet | .pt4 | ||||
1 Bahasa Miranda yang dituturkan disesetengah kawasan di bandar Miranda do Douro, diiktiraf secara rasmi pada tahun 1999 (Lei n.º 7/99 de 29 de Janeiro).[1]Bahasa Tangan Portugis turut diiktiraf. 2 Sebelum tahun 1999: Escudo Portugis. 3 Azores: UTC-1; UTC pada musim panas. 4 Domain .eu turut digunakan,dan dikongsi bersama dengan negara Kesatuan Eropah yang lain. |
Portugal atau nama rasminya Republik Portugal (Portugis: República Portuguesa ) ialah sebuah negara yang kebanyakannya berada di Semenanjung Iberia di Eropah. Portugal adalah negara berdaulat paling barat di Eropah, bersempadan dengan Sepanyol di utara dan timur dan Lautan Atlantik di selatan dan barat. Kawasan pemerintahannya juga termasuk kepulauan Atlantik, Azores dan Madeira, kedua-dua kawasan autonomi dengan kerajaan tempatan masing-masing.
Portugal adalah negara paling tua di Semenanjung Iberia, dan antara negara tertua di Eropah dan di dunia, dengan kawasan pemerintahannya diserang, dilawankan untuk dan diperintah sejak masa prasejarah. Kaum pra-Celt, orang Iberia, orang Celt, orang Carthage dan orang Rom diikuti oleh serangan daripada kaum Visigoth dan puak-puak Jermanik Suebi. Selepas penaklukan Islam di Semenanjung Iberia, kebanyakan kawasan Portugal adalah sebahagian daripada Al-Andalus untuk beberapa abad. Portugal sebagai negara ditubuhkan ketika Reconquista Kristian awal. Ditubuhkan pada tahun 868, Daerah Portugal menjadi terkenal selepas Pertempuran São Mamede pada tahun 1128. Kerajaan Beraja Portugal diisytiharkan kemudian mengikuti Pertempuran Ourique pada tahun 1139, dan kemerdekaan daripada Kerajaan León dikenali dengan Perjanjian Zamora pada tahun 1143.[2]
Pada abad ke-15 dan ke-16, Portugal menubuhkan empayar global pertama, menjadi antara kuasa ekonomi, politik, dan angkatan tentera utama di dunia.[3][4][5] Ketika tempoh ini, sekarang dipanggil sebagai Zaman Penjelajahan, pengembara Portugis merintis pengembaraan maritim, tertutamanya di bawah naungan diraja Putera Henry si Pelayar dan Raja João II, dengan pelayaran penting seperti Bartolomeu Dias melayar di luar Tanjung Harapan, Afrika Selatan (1448), penemuan laluan ke India Vasco da Gama (1497-1498) dan penemuan Brazil Eropah (1500). Ketika masa ini, Portugal memonopoli perdagangan rempah, membahagi dunia kepada hemisfera dominasi dengan Castille, dan empayar tersebut berkembang dengan kempen angkatan tentera di Asia. Tetapi, peristiwa seperti gempa bumi Lisbon 1755, penaklukan negara ketika Perang Napoleon, kemerdekaan Brazil (1822), dan perindustrian lambat berbanding dengan kuasa-kuasa Eropah lain, memadamkan kebanggaan Portugal sebelum ini.[6]
Selepas revolusi 1910 membuang monarki, Republik Pertama Portugis yang demokratik tetapi tidak stabil ditubuhkan, kemudian digantikan oleh rejim autoritarian Estado Novo. Demokrasi dikembalikan selepas Revolusi Bunga Teluki pada tahun 1974, mengakhirkan Perang Penjajahan Portugal. Tidak lama kemudian, kemerdekaan diberikan kepada hampir semua kawasan penajajahan Portugal di luar negara. Penyerahan kedaulatan Makau kepada China pada tahun 1999 menandakan pengakhiran apa yang boleh dipanggil sebagai empayar penjajah plaing tua.
Portugal telah meninggalkan pengaruh seni bina dan budaya yang mendalam di seluruh dunia, sebuah warisan dengan 250 juta penutur Portugis, dan pelbagai bahasa campuran berasaskan Portugis. Portugal adalah sebuah negara maju dengan ekonomi yang canggih dan taraf hidup tinggi, yang bertempat pada tangga ke-41 di Indeks Pembangunan Manusia.[7][8][9] Tambahan, Portugal bertempat di tangga-tangga yang tinggi di kebebasan moral (kedua), keamanan (ketiga), demokrasi (ke-8),[10] kebebasan akhbar(ke-12), kestabilan (ke-15), kemajuan sosial (ke-18), kemakmuran (ke-24), dan hak LGBT (ke-7 di Eropah).[11] Sebuah ahli UN dan EU, Portugal juga sebuah ahli pengasas NATO, zon euro, OECD dan Komuniti Negara Berbahasa Portugis.