Pramodhawardhani (maut 856) ialah penguasa Dinasti Syailendra yang kelima. Beliau mewarisi bapanya, Samaratungga, yang mangkat pada tahun 833, dan memerintah Kerajaan Mataram Kuno selama 23 tahun antara tahun-tahun 833 hingga 856.
Pramodhawardhani bernikah dengan Rakai Pikatan, pangeran Mataram kuno daripada Dinasti Sanjaya yang kemudian menjadi raja Mataram. Perkawinannya dengan Rakai Pikatan menyebabkan kejatuhan Dinasti Syailendra.Suaminya merampas takhta daripada Balaputradewa, pewaris Dinasti Syalendra yang sah. [1] Rakai Pikatan kemudian menggantikan agama Buddha di Jawa dengan agama Hindu. [1]