Presiden Amerika Syarikat | |
---|---|
President of the United States of America | |
Pemerintah persekutuan Amerika Syarikat Pejabat Eksekutif Presiden Amerika Syarikat | |
Gelaran | Tuan Presiden (tidak rasmi) Yang Mulia (rasmi) Tuan Yang Terutama (T.Y.T.) |
Anggota bagi | Keluarga pertama Amerika Syarikat dan cabang eksekutif pemerintah Amerika Syarikat |
Bidang kuasa | Amerika Syarikat |
Institusi | Pemerintah persekutuan Amerika Syarikat |
Kediaman | Rumah Putih |
Dilantik oleh | Badan pemilih Amerika Syarikat dan Dewan Perwakilan Amerika Syarikat |
Tempoh jawatan | 4 tahun, diperbaharui sekali sahaja Pindaan Kedua Puluh Dua Perlembagaan Amerika Syarikat |
Penjawat sulung | George Washington |
Dibentuk | 4 Mac 1789 |
Timbalan/naib | Naib Presiden Amerika Syarikat |
Gaji | $400,000 (tahunan) |
Senarai | Senarai Presiden Amerika Syarikat |
Tapak web | Laman web rasmi |
sunting · sunting di Wikidata |
Amerika Syarikat |
Rencana ini sebahagian daripada siri: |
|
Perundangan
Kepresidenan
Kehakiman
Subbahagian
|
Negara lain · Atlas Portal Kerajaan A.S. |
Presiden Amerika Syarikat (bahasa Inggeris: President Of The United States , kadangkala disingkatkan namanya sebagai POTUS)[1] ialah ketua negara dan ketua pemerintah republik Amerika Syarikat. Presiden juga ialah ketua cawangan eksekutif pemerintah pusat untuk melaksanakan undang-undang seperti yang diperuntukkan oleh perlembagaan. Jawatan ini diwujudkan dengan persetujuan Perlembagaan Amerika Syarikat pada 1788 dengan presiden pertama dilantik pada 1789. Seorang Presiden Amerika Syarikat hanya boleh menjawat selama dua masa penggal yang masing-masing mempunyai tempoh sepanjang empat tahun, secara keseluruhan selama lapan tahun jika penggal penuh.
Artikel Dua Perlembagaan mengukuhkan presiden sebagai Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Amerika Syarikat dan menghitung kuasanya secara spesifik yang diberikan kepada seorang presiden, termasuklah kuasa untuk menandatangani sesuatu akta menjadi undang-undang atau memvetonya termasuklah kuasa untuk menandatangani menjadi undang-undang atau akta-akta yang diluluskan oleh Kongres. Presiden itu mempunyai kuasa untuk membina satu kabinet penasihat-penasihat dan untuk memberikan keampunan atau penangguhan hukuman. Akhirnya, dengan "nasihat dan persetujuan" daripada Senat, untuk membuat perjanjian, melantik pegawai-pegawai pusat, Pesuruhjaya Tinggi , dan hakim, termasuklah Mahkamah Agung. Oleh kerana pegawai daripada jabatan lain, perlembagaan dengan para pegawai, perlembagaan menghadkan presiden dengan satu set timbal balik. Ia dirangka untuk menghadkan individu-individu daripada mengambil kuasa mutlak.
Joe Biden ialah presiden terkini Amerika Syarikat yang ke-46 setelah mengangkat sumpah pada 20 Januari 2021.