Protokol Pengangkut Masa Sebenar

Protokol Pengangkut Masa Sebenar ("Real-time Transport Protocol-RTP") mentakrifkan format paket piwai bagi menghantar video dan bunyi melalui Internet. Ia dimajukan oleh Audio-Video Transport Working Group dari IETF dan pertama kali diterbitkan pada tahun 1996 sebagai RFC 1889, menggantikan RFC 3550 pada tahun 2003.

RTP digunakan secara meluas dalam sistem komunikasi dan hiburan yang membabitkan media aliran (penstriman) seperti panggilan telefon, aplikasi telesidang dan ciri tekan cakap berasaskan web. Untuk tujuan ini, ia membawa aliran media dikawal oleh H.323, MGCP, Megaco, Protokol Kawal Panggil Kurus ("Skinny Call Control Protocol-SCCP"), atau protokol pengisyaratan Protokol Permulaan Sidang ("Session Initiation Protocol-SIP"), menjadikannya salah satu asas teknikal bagi industri Suara melalui IP ("Voice over IP").

RTP biasanya digunakan bersama dengan Protokol Kawalan RTP ("RTP Control Protocol-RTCP"). Ketika RTP membawa aliran media (contoh., bunyi dan video) atau peristiwa di luar jalur pengisyaratan (DTMF dalam jenis beban bayar), RTCP digunakan bagi memantau pemancaran maklumat kualiti perkhidmatan (QoS) dan statistik. Apabila kedua protokol digunakan bersama, RTP biasanya memulakan dan menerima pada nombor port genap, sementara RTCP menggunakan nombor port ganjil tinggi berikutnya.


Developed by StudentB