Psikoterapi merupakan istilah umum yang memaksudkan interaksi atau rawatan terapi antara seorang pakar terlatih dengan seorang pelanggan, pesakit, sebuah keluarga, pasangan atau kumpulan. Masalah-masalah yang ditangani bersifat psikologi dan berbagai-bagai bentuk punca, pengaruh, pencetus dan penawarnya. Penliaian faktor-faktor ini dan sebagainya secara jitu bergantung kepada keupayaaan pengamalnya, malah boleh berubah-ubah sejajar dengan peningkatan pengalaman, pengetahuan dan wawasan pengamal.
Psikoterapi merangkumi proses-proses interaktif antara seseorang atau sesebuah kumpulan dengan seorang pakar kesihatan mental bertauliah (ahli psikiatri, ahli psikologi, pekerja sosial klinik, kaunselor bertauliah, atau sebarang pengamal terlatih yang lain). Tujuannya adalah mendalami pemikiran, perasaan dan perilaku dengan tujuan menyelesaikan masalah atau mencapai kefungsian yang lebih baik.[1] Psikoterapi bertujuan untuk meningkatkan kesejahteraan penerimanya. Ahli psikoterapi menggunakan pelbagai teknik berasaskan penjalinan hubungan berasaskan pengalaman, dialog, perhubungan dan pengubahan tingkah laku yang direka untuk meningkatkan kesihatan mental penerima ataupun mempererat hubungan dalam kumpulan (seperti sesebuah keluarga).