Puisi

Puisi karangan Maharaja Gaozong dicatat pada zaman Dinasti Song

Puisi (Jawi: ڤوءيسي serapan Belanda: poëzie daripada akar bahasa Yunani Purba: ποιέω/ποιῶ poiéo/poió = "saya mencipta"[1]) adalah sebuah seni penulisan yang mengarang dengan memilih, menyusun atau mengatur dan menata unsur-unsur bahasa ditulis (baik ayat dan perkataan serta corak atau pola) dalam bentuk indah menyampaikan intipati yang bertujuan mempertajam kesadaran orang akan pengalaman serta membangkitkan tanggapan khusus.[2][3] Ia boleh berdiri secara sendiri, dan boleh juga disulam dalam seni lain seperti drama puisi, gita puja atau lirik. Dalam bentuk seni ini, seorang pengkarya yang menciptakan gubahan kata sebegini –yakni, seorang pemuisi, penyajak atau penyair – menggunakan bahasa untuk menambah mutu estetika pada makna semantik.

Penekanan pada segi estetik suatu bahasa dan penggunaan sengaja pengulangan, meter, dan rima adalah yang membezakan puisi dari prosa. Namun perbezaan ini masih diperdebatkan. Pandangan kaum awam biasanya membezakan puisi dan prosa dari jumlah huruf dan kalimat dalam karya tersebut. Puisi lebih singkat dan padat, sedangkan prosa lebih mengalir seperti mengutarakan cerita. Beberapa ahli modern memiliki pendekatan dengan mendefinisikan puisi tidak sebagai jenis literatur tetapi sebagai perwujudan imajinasi manusia, yang menjadi sumber segala daya kreatif. Selain itu, puisi juga merupakan curahan isi hati seseorang yang membawa orang lain masuk ke dalam keadaan hatinya.

Baris-baris pada puisi dapat berbentuk apa sahaja diinginkan oleg si pengarang (melingkar, zig zag, dan lain-lain); hal tersebut membolehkan penulis untuk menunjukkan pemikirannya sesuka hati. Puisi kadang hanya berisi satu kata/suku kata yang terus diulang-ulang - bagi pembaca, hal tersebut mungkin membuat puisi menjadi tidak atau kurang bisa diertikan, namun penulis selalu memiliki alasan untuk segala 'keanehan' yang diciptakannya. Penulisan puisi itu lazimnya tiada batasan Ada beberapa perbezaan antara puisi lama dan puisi baru. Namun beberapa kasus mengenai puisi modern atau puisi cyber belakangan ini makin memprihatinkan jika ditilik dari pokok dan kaidah puisi itu sendiri iaitu 'pemadatan kata'. Kebanyakan penyair aktif sekarang, baik pemula ataupun bukan, lebih mementingkan gaya bahasa dan bukan pada pokok puisi tersebut.

  1. ^ M. Philippa, F. Debrabandere, A. Quak, T. Schoonheim & N. van der Sijs, penyunting (2009). "poëzie (dichtkunst)". Etymologisch Woordenboek van het Nederlands. Amsterdam – melalui EtymologieBank.CS1 maint: multiple names: editors list (link)
  2. ^ "Arti kata puisi - Kamus Besar Bahasa Indonesia (KBBI) Online". kbbi.web.id. Dicapai pada 2019-02-22.
  3. ^ "'puisi' - Maklumat Kata". Pusat Rujukan Persuratan Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 10 Oktober 2019.

Developed by StudentB