Purana

Teks Hindu
Śruti

Smriti


Purana (bahasa Sanskrit: पुराण, purāṇa - "purba") merangkumi kesusasteraan Hindu yang amat luas mengenai pelbagai subjek, khususnya mengenai mitologi, lagenda dan tradisi masyarakat India. Kebanyakan kesusasteraan ini ditulis dalam bahasa Sanskrit, meskipun terdapat beberapa Purana popular dalam bahasa vernakular lain.

Terdapat 18 Maha Purana (atau Purana yang utama) dan 18 Upa Purana (Purana minor) dalam bahasa Sanskrit. Purana dianggap sebagai teks-teks sekunder atau Smriti dalam agama Hindu.

Secara amnya, perkataan 'Purāṇa' diperolehi dengan dua cara: purāa bhavam ('naratif zaman silam') dan purā api navam ('sesuatu yang masih baru dalam zaman silam'). Maka, purana boleh bermaksud sesuatu kisah zaman silam, tetapi masih relevan pada semua zaman.

Maksud-maksud mendalam kitab-kitab suci adalah agar sukar difahami. Tanpa dharana shakti yang diperolehi dengan amalan Brahmacharya, manusia biasa tidak boleh memahami maksud tersembunyi Veda atau Upanishad. Oleh itu, golongan resi menghasilkan sejenis sastera khas yang dikenali sebagai Purāṇa. Matlamat utama Purāṇa ialah untuk memberikan ajaran Veda dalam gaya yang popular, menarik dan mudah difahami oleh manusia biasa. Purāṇa wujud dalam bentuk cerita dan perumpamaan. Terdapat lapan belas Purāṇa, antara yang popular ialah Vishnu Purāṇa, Bhagavata Purāṇa, Skanda Purāṇa, Vayu Purāṇa, Padma Purāṇa, Markandeya Purāṇa dan Agni Purāṇa. Sebahagian Markandeya Purāṇa amat popular dalam kalangan masyarakat Hindu sebagai Devi Mahatmyam atau Chandi.


Developed by StudentB