Puting beliung | |
---|---|
Musim | Terutamanya pada musim bunga dan musim panas, tetapi boleh terjadi bila mana sahaja |
Kesan | kerosakan angin |
Sebahagian daripada siri alam semula jadi |
Cuaca |
---|
Kalendar musim |
Musim tropika |
Ribut |
Kerpasan |
Topik |
Portal Cuaca |
Puting beliung atau tornado ialah sebuah turus udara berputar yang bersentuhan dengan tanah dan awan kumulonimbus. Udara di dalam puting beliung berpusing dengan amat pantas, dan kebiasaanya angin tersebut mempunyai kelajuan kurang daripada 175 km/j namun, terdapat puting beliung yang mempunyai kelajuan angin setinggi 480 km/j.
Puting beliung dipanggil begitu kerana rupanya seperti bahagian runcing atau "puting" pada pangkal mata sebatang beliung.[1] Walau bagaimanapun, juga hadir dalam pelbagai bentuk dan saiz dan dapat dilihat dalam bentuk corong kondensasi yang berasal dari bawah awan kumulonimbus, bersama-sama awan habuk dan debu yang dibawa bersamanya. Biasanya puting beliung mempunyai diameter 75 m lebar dan akan bergerak beberapa kilometer sebelum mereda tetapi puting beliung paling ekstrem yang pernah direkodkan mempunyai diameter sebanyak 3 km lebar dan bergerak di atas permukaan bumi lebih dari 100 km sebelum mereda.[2][3][4]