Pythagoras

Pythagoras (kira-kira 580 SM500 SM, Greek: Πυθαγόρας) merupakan seorang ahli matematik dan falsafah dari tamadun Yunani Purba. Beliau paling terkenal untuk Teorem Pythagoras, dan merupakan pengasas falsafah Pythagoreanism, yang menyatakan bahawa semua berkait dengan matematik, dan boleh diramal atau diukur dalam sebuah corak atau ulangan. Beliau juga dikenal sebagai Bapa Nombor. Banyak tidak diketahui mengenai ajaran-ajaran beliau kerana banyak legenda dan dongeng mengelilingi hidup beliau, tetapi didapati beliau amat berpengaruh dalam bidang falsafah pada abad ke-enam SM.


Developed by StudentB