Qardh al-Hasan (pinjaman ihsan) merupakan pinjaman ikhlas atau pinjaman yang tidak melibatkan faedah atau syarat tambahan pada saat pengembalian pinjaman. Walau bagaimanapun peminjam boleh, mengikut budi bicaranya, membayar balik tambahan wang yang lebih banyak daripada wang yang dipinjam sebagai tanda berterima kasih. Pinjaman jenis ini tidak dikira melanggar syariah (dengan melibatkan riba) kerana tiada perjanjian untuk membayar lebih atau riba.