Qiraat

Dalam Islam, qiraah (jamak: qiraat; Arab: قراءات, lit.'bacaan, sebutan') merujuk kepada cara-cara al-Quran, kitab suci Islam, dibacakan mengikut imam tertentu.[1] Dalam bahasa yang lebih teknikal, istilah ini merujuk kepada bentuk-bentuk linguistik, leksikal, fonetik, morfologi, dan sintaksis yang berbeza yang dibenarkan dalam pembacaan al-Quran.[1][2] Perbezaan antara qiraat termasuk peraturan yang berbeza dalam pemanjangan, intonasi, dan sebutan perkataan,[3] tetapi juga perbezaan dalam tanda berhenti,[Nota 1] vokal,[Nota 2] konsonan[Nota 3] (yang menghasilkan kata ganti nama dan bentuk kata kerja yang berbeza-beza), seluruh perkataan[Nota 4] dan juga makna yang berbeza.[Nota 5] Qiraat juga merujuk kepada cabang pengajian Islam yang berkaitan dengan ragam-ragam pembacaan ini.[7]

Terdapat sepuluh aliran qiraat yang diiktiraf, setiap satunya dinamakan sempena seorang qari atau pembaca al-Quran yang terkemuka, seperti Nafi‘ al-Madani, Ibnu Kathir al-Makki, Abu Amr al-Basri, Ibnu Amir al-Dimasyqi, Asim bin Abu al-Najud, Hamzah al-Zaiyat, dan al-Kisai. Walaupun para qari ini hidup pada abad ke-2 dan ke-3 Islam, sarjana yang mengiktiraf tujuh qiraat pertama (Abu Bakar bin Mujāhid) hidup satu abad kemudian, dan bacaan-bacaan tersebut mempunyai rantaian penyampaian (seperti hadis) yang kembali ke zaman Nabi Muhammad.[8]

Qiraat adalah berbeza dengan tajwid—peraturan sebutan, intonasi, dan jeda dalam pembacaan al-Quran. Setiap qiraat mempunyai tajwidnya sendiri.[9] Qiraat dipanggil bacaan atau sebutan kerana al-Quran pada asalnya disebarkan dan disampaikan secara lisan. Walaupun terdapat teks bertulis, ia tidak mengandungi kebanyakan vokal atau membezakan banyak konsonan, membolehkan banyak variasi.[10] (Setiap qiraat kini mempunyai teks sendiri dalam skrip Arab moden.)[Nota 6] Qiraat juga kadangkala dikelirukan dengan ahruf—kedua-duanya adalah bacaan al-Quran dengan "rantai penyampaian yang tidak terputus kembali kepada Nabi".[3] Terdapat pelbagai pandangan tentang sifat ahruf dan kaitannya dengan qiraat, dengan pandangan umum bahawa khalifah Uthman menyingkirkan semua ahruf kecuali satu pada abad ke-7 Masihi.[11] Sepuluh qiraat telah diiktirafkan oleh para sarjana Islam pada abad-abad awal Islam.[12]

Walaupun selepas berabad-abad pengajian Islam, variasi qiraat dikatakan terus "mengagumkan dan membingungkan" para sarjana Islam (oleh Ammar Khatib dan Nazir Khan),[3] dan bersama dengan ahruf, membentuk "topik-topik yang paling sukar" dalam kajian al-Quran (menurut Abu Ammaar Yasir Qadhi).[13] Qiraat juga mungkin kelihatan bercanggah dengan doktrin bahawa al-Quran "wujud tepat seperti waktu ia diwahyukan kepada Nabi; tidak satu perkataan—malah, tidak satu titik pun daripadanya—telah diubah", yang mana ramai Muslim menganggap bermakna mesti ada hanya satu bacaan al-Quran.[14] Qiraat merangkumi perbezaan dalam tanda diakritik konsonan (i‘jām), tanda vokal (ḥarakāt), dan rangka konsonan (rasm),[15] yang menghasilkan bacaan yang berbeza secara material.[16]

Naskhah al-Quran yang digunakan "secara umum" di hampir seluruh dunia Islam kini[Nota 7] adalah edisi Mesir 1924 yang berdasarkan qiraat "bacaan Ḥafṣ daripada `Asim" (Ḥafṣ ialah Rawi, atau "penyampai", dan `Asim ialah Qari atau "pembacanya").[18]

  1. ^ a b Deroche 2022, m/s. 74.
  2. ^ Kahteran, Nevad (2006). "Hafiz/Tahfiz/Hifz/Muhaffiz". Dalam Leaman, Oliver (penyunting). The Qur'an: An Encyclopedia. Routledge. m/s. 233. ISBN 9780415326391. Dicapai pada 4 Julai 2020.
  3. ^ a b c Khatib, Ammar; Khan, Nazir (23 Ogos 2019). "The Origins of the Variant Readings of the Qur'an". Yaqueen Institute. Dicapai pada 21 Julai 2020.
  4. ^ a b c "Seven Qira'at (Halaman 1)". bewley.virtualave.net.
  5. ^ Younes, Munther (2019). Charging Steeds or Maidens Performing Good Deeds: In Search of the Original Qur'an. Routledge. m/s. 3. ISBN 9781351055000. Dicapai pada 2 Julai 2020.
  6. ^ "Comparing verses to narrations". nquran.com.
  7. ^ Salahi, Adil (16 July 2001). "Scholar Of Renown: Ibn Mujahid". Arab News. Dicapai pada 26 March 2021.
  8. ^ Salahi, Adil (16 Julai 2001). "Scholar Of Renown: Ibn Mujahid". Arab News. Dicapai pada 26 Mac 2021.
  9. ^ "Basic Introduction to the 10 Recitations and 7 Ahruf". Ideal Muslimah. Dicapai pada 15 March 2021.
  10. ^ Bursi, Adam (2018). "Connecting the Dots: Diacritics Scribal Culture, and the Quran". Journal of the International Qur'anic Studies Association. 3: 111. doi:10.5913/jiqsa.3.2018.a005. hdl:1874/389663. JSTOR 10.5913/jiqsa.3.2018.a005. S2CID 216776083.
  11. ^ Abu Ameenah Bilal Philips, Tafseer Soorah Al-Hujuraat, 1990, Tawheed Publications, Riyadh, pp. 28-29.
  12. ^ Shady Hekmat Nasser, Ibn Mujahid and the Canonization of the Seven Readings, hlm. 129. Diambil daripada The Transmission of the Variant Readings of the Qur'an: The Problem of Tawaatur and the Emergence of Shawaadhdh. Leiden: Brill Publishers, 2012. ISBN 9789004240810
  13. ^ Yasir Qadhi (8 Jun 2020). "In the Hot Seat: Muḥammad Hijāb Interviews Dr. Yasir Qadhi" (Temu ramah). Ditemuramah oleh Muḥammad Hijāb. Peritiwa berlaku pada 1h21m45s. Dicapai pada 19 Julai 2020. Setiap pelajar ilmu yang mempelajari ulum Al-Quran tahu bahawa topik yang paling sukar adalah ahruf dan qiraat. Konsep ahruf, realiti ahruf, dan hubungan mushaf dengan ahruf serta pemeliharaan ahruf adalah perkara yang rumit. Adakah ia satu? Adakah ia tiga? Adakah ia tujuh? Dan hubungan qiraat dengan ahruf ...
  14. ^ Abul A`la Maududi, Towards Understanding Islam. International Islamic Federation of Student Organizations Gary, Indiana, 1970. p.109
  15. ^ Melchert, Christopher (2008). "The Relation of the Ten Readings to One Another". Journal of Qur'anic Studies. 10 (2): 73–87. doi:10.3366/E1465359109000424. JSTOR 25728289. Dicapai pada 11 February 2021.
  16. ^ Cook, The Koran, 2000: pp. 72.
  17. ^ "Quran - Comparing Hafs & Warsh for 51 textual variants". Muslim prophets. Dicapai pada 29 Oktober 2020.
  18. ^ Böwering, "Recent Research on the Construction of the Quran", 2008: p.74


Ralat petik: Tag <ref> wujud untuk kumpulan bernama "Nota", tetapi tiada tag <references group="Nota"/> yang berpadanan disertakan


Developed by StudentB