Raden Saleh ꦫꦢꦺꦤ꧀ꦱꦭꦺꦃ | |
---|---|
Kelahiran | Saleh Sjarif Boestaman ꦱꦭꦺꦃꦱꦾꦫꦶꦥ꦳꧀ꦧꦸꦱ꧀ꦠꦩꦤ꧀ 1811 |
Meninggal dunia | 23 April 1880 |
Terkenal kerana | Cat, lukisan |
Karya terkenal | Penangkapan Pangeran Diponegoro, Deer Hunt, Pemandangan Letusan Gunung Merapi |
Gerakan politik | Romantisisme |
Raden Saleh Sjarif Boestaman (bahasa Jawa: ꦫꦢꦺꦤ꧀ꦱꦭꦺꦃꦱꦾꦫꦶꦥ꦳꧀ꦧꦸꦱ꧀ꦠꦩꦤ꧀, 1811 – 23 April 1880)[1][2] ialah seorang pelukis Nusantara berketurunan Arab-Jawa. Beliau merintis pelukisan seni gaya Romantisisme yang popular di Eropah pada masa abad ke-19 lalu dianggap sebagai artis "moden" pertama Hindia Timur Belanda, beliau juga menyatakan akar budaya dan daya cipta dalam karyanya.