Radio (Jawi: راديو ) merupakan sejenis komunikasi yang menggunakan gelombang elektromagnet, atau isyarat-isyarat radio, untuk menghantar maklumat elektronik dari satu tempat ke tempat lain tanpa menggunakan wayar. Unit penghantar dipanggil pemancar (transmitter), manakala unit yang menukar isyarat radio ke bunyi yang boleh didengar sesuatu penerima (receiver) terutamanya sebuah alat khas yakni peti radio.
Syarikat-syarikat yang menyiarkan (atau menghantar) muzik, berita, ceramah atau lain-lain bentuk radio yang sehala dipanggil stesen radio.