Penjajahan di India | |
---|---|
Portugal di India | 1510–1961 |
Belanda di India | 1605–1825 |
Denmark di India | 1620–1869 |
Perancis di India | 1759–1954 |
British India 1613–1947 | |
Syarikat India Timur | 1612–1757 |
Pemerintahan syarikat di India | 1757–1857 |
British Raj | 1858–1947 |
Pemerintahan British di Burma | 1824–1867 |
Negeri beraja | 1765–1947 |
Pembahagian India | |
Raj British (rāj dalam Hindustan: राज, Urdu: راج, disebut: /rɑːdʒ/, harfiahnya "raja"[1]) ialah satu nama yang diberikan bagi tempoh pemerintahan penjajah British di Asia Selatan di antara tahun 1858 hingga 1947;[2] ia juga boleh merujuk kepada pemerintahan itu sendiri dan juga rantau di bawah pemerintahan.[3] Rantau itu, biasanya dipanggil India dalam penggunaan kontemporari, termasuk kawasan-kawasan yang ditadbir terus oleh Britain,[4] serta negeri bangsawan yang diperintah oleh raja-raja individu di bawah keagungan Mahkota British. Selepas tahun 1876, kesatuan politik yang terhasil secara rasmi dipanggil Empayar India dan mengeluarkan pasport di bawah nama itu. Sebagai India, ia adalah ahli pengasas Liga Bangsa, Pertubuhan Bangsa Bersatu, dan ahli dalam Sukan Olimpik Musim Panas pada 1900, 1920, 1928, 1932, dan 1936.
Sistem pentadbiran bergabenor telah dimulakan pada tahun 1858 apabila pemerintahan Syarikat Hindia Timur British dipindahkan kepada kemahkotaan Ratu Victoria (dan kemudian pada tahun 1877 diistiharkan sebagai Maharani India). Ia berlangsung sehingga tahun 1947, apabila Empayar India British telah dipecahkan menjadi dua buah negara berdaulat: Kesatuan India (kemudian Republik India) dan Penguasaan Pakistan (kemudian Republik Islam Pakistan, separuh bahagian timur, yang mana kemudian menjadi Republik Rakyat Bangladesh). Wilayah Burma di kawasan timur di Empayar India dijadikan jajahan berasingan pada tahun 1937 dan mendapat kemerdekaan pada tahun 1948.