Rampasan kuasa Romania 1944

Rampasan kuasa Romania 1944
Raja Michael I dari Romania, pemimpin kudeta
Tarikh23 Ogos 1944
LokasiBucharest, Kerajaan Beraja Romania
Hasil
  • Penyingkiran dan penangkapan Ion Antonescu dan kerajaannya
  • Pelantikan kerajaan yang pro-Sekutu dibawah Constantin Sănătescu
  • Romania beralih arah dalam Perang Dunia II dari kuasa Paksi ke pihak Bersekutu

Rampasan kuasa Romania 1944, lebih dikenali dalam pensejarahan Romania sebagai Tindakan 23 Ogos (Romania: Actul de la 23 August), adalah rampasan kuasa yang dipimpin oleh Raja Michael I dari Romania semasa Perang Dunia II pada 23 Ogos 1944. Dengan bantuan beberapa parti politik, Raja menyingkirkan kerajaan Ion Antonescu, yang telah bersekutu dengan Romania dan Jerman Nazi, selepas barisan Paksi di timur laut Romania tumbang ketika menghadapi ofensif Soviet yang berjaya. Tentera Romania mengisytiharkan satu gencatan senjata sepihak dengan Tentera Merah Soviet di barisan Moldavia, suatu peristiwa yang dilihat sebagai penentu dalam kemaraan Pihak Bersekutu melawan Kuasa Paksi dalam Kancah Eropah. Kudeta tersebut disokong oleh Parti Komunis Romania, Parti Demokratik Sosial, Parti Liberal Nasional, dan Parti Petani Nasional yang telah bergabung menjadi Blok Demokratik Nasional pada Jun 1944.


Developed by StudentB