Rancangan Malaysia Kedua Belas

Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMK-12) ialah sebuah rangka tindakan komprehensif yang disediakan oleh Unit Perancang Ekonomi (EPU) Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Kewangan Malaysia.[1] Pelan ini bakal menjadi lanjutan kepada Rancangan Malaysia Kesebelas dengan arah strategi yang jelas dalam rancangan peruntukan belanjawan negara dari 2021 hingga 2025 bagi semua sektor ekonomi di Malaysia. Rangka ini dibentangkan oleh Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob di ruang Dewan Rakyat di Parlimen pada 27 September 2021.[2]

  1. ^ "Twelfth Malaysia Plan, 2021-2025". rmke12.epu.gov.my. Dicapai pada 2021-09-20.
  2. ^ "RMK-12: Pemulihan ekonomi Malaysia lebih kukuh dalam Keluarga Malaysia". www.astroawani.com. Dicapai pada 2021-09-20.

Developed by StudentB