Rastafari merupakan sebuah agama Ibrahimi yang mula wujud di dalam kalangan masyarakat berbangsa Afrika di Jamaica pada tahun 1930-an.
Ia bertumpu kepada kepercayaan terhadap suatu Tuhan yang esa (dikenali dengan nama Jah) yang dikatakan duduk sebahagian—Nya dalam setiap. Haile Selassie, Maharaja Habsyah yang memerintah antara tahun-tahun 1930 dan 1974, merupakan tokoh utama dalam pergerakan ini di mana ada sesetengah penganut agama ini melihat baginda sebagai jelmaan Jah di Bumi malah sebagai ketibaan kedua Yesus selepas penyaliban tokoh tersebut, ada pula melihat mereka sebagai seorang pengutus atau "nabi" yang memahami kerohanian dalaman setiap manusia. Diaspora orang Afrika dipandang penganut Rastafari sebagai suatu masyarakat ditindas sepertimana golongan Yahudi yang melarikan diri ke Babylon menurut kisah dalam kitab Injil, manakala benua Afrika itu sendiri dilihat sebagai suatu "tanah dijanjikan" yang ditunggu-tunggu ketibaan mereka kembali.
Semangat memberontak dalam kalangan penganutnya mula menjadi suatu pengaruh kuat dalam kalangan warga Jamaica pada tahun 1950-an. Ia turut dimarakkan pada dekad-dekad berikutnya melalui seni muzik reggae yang banyak dipengaruhi kepercayaan itu lalu menjadi dikenali dan tersohor di seluruh dunia. Terdapat sebanyak 700,000 hingga 1 juta penganut kepercayaan ini di seluruh dunia setakat 2012,[1] termasuk di kawasan berpendudukan tinggi negara-negara.[1] Pengaruh kepercayaan ini sangat menjangkau perangkaan ini,[2] terutamanya dalam melahirkan semangat kesedaran bangsa, politik dan budaya dalam kalangan masyarakat berbangsa Afrika sedunia.[1]