Rejab

Rejab merupakan bulan ke-7 di dalam kalendar Takwim Hijrah. Dalam bulan Rejab pula, berlaku peristiwa penting iaitu Isra' Mikraj yang dalam peristiwa tersebut Rasulullah telah menerima kefarduan solat lima waktu terus dari Allah di Sidratul Muntaha. Sebelum itu, pada malam yang sama, baginda Rasulullah telah diisra'kan dari Masjid al-Haram di Makkah (Arab Saudi) ke Masjid al-Aqsa di Baitulmaqdis (Palestin) menunggang Buraq.

Bulan ini juga merupakan bulan-bulan permulaan kepada bulan Ramadhan, yang berikutan selepas bulan Syaaban. Apabila baginda melihat anak bulan Rejab, baginda akan berdoa kepada Allah seperti yang berikut:

اللّهمّ بارك لنا في رجب و شعبان وبلّغنا رمضان

Allāhumma bārik lanā fī rajaba wa shaʻbāna wa balligh-nā ramaḍāna

"Ya Allah, berkatilah kami dalam bulan Rejab dan Syaaban, dan sampaikanlah (panjangkan umur) kami kepada Ramadhan."

Developed by StudentB