Repyt

Repyt
Repyt digambarkan di kuil Athribis.
Pusat kultus utamaHut-Repyt
Maklumat peribadi
IsteriMin

Repyt, atau Repit, merupakan seorang dewi Mesir Purba.[1][2] Biasanya dia digambarkan sebagai salah seorang dewa Mesir yang berupa seperti singa betina.[3] Suaminya ialah Min.[4]

Pada zaman dahulu terdapat sebuah bandar bernama Hut-Repyt, di mana kuilnya berada. Kemudian, bandar itu dinamakan semula sebagai Athribis oleh orang Yunani apabila ia mula menjadi lebih penting. Tapak tersebut digali oleh Flinders Petrie pada tahun 1900. Kini tapak itu dipanggil Wannina, terletak di tebing barat Sungai Nil kira-kira 10 km barat daya dari Suhaj.[5]

  1. ^ Coulter, Charles Russell; Turner, Patricia (2013-07-04). Encyclopedia of Ancient Deities (dalam bahasa Inggeris). Routledge. ISBN 9781135963972.
  2. ^ Bunson, Margaret R (2009). Encyclopedia of Ancient Egypt: Facts on File library of world history, Revised Edition. Infobase Publishing. m/s. 149. ISBN 9781438109978.
  3. ^ Petrie, William Matthew Flinders; Griffith, F. Ll; Mace, Arthur Cruttenden (2013-09-19). Deshasheh, Diospolis Parva, Athribis (dalam bahasa Inggeris). Cambridge University Press. ISBN 9781108066198.
  4. ^ Gardiner, Alan H. (December 1945). "The Supposed Athribis of Upper Egypt". Journal of Egyptian Archaeology. 31: 108–111. doi:10.1177/030751334503100117. JSTOR 3855394. S2CID 192222399.
  5. ^ "Wannina". Egyptian Monuments (dalam bahasa Inggeris). 2009-02-12. Dicapai pada 2018-03-19.

Developed by StudentB